JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) menyamakan filem Akibat Pergaulan Bebas dengan Menculik Miyabi mendesak pihak berkuasa menarik balik tayangan filem berkenaan.
MUI menekankan filem berkenaan tidak mengikut undang-undang yang ditetapkan di negara berkenaan dan terlalu menjolok mata. Filem Akibat Pergaulan Bebas yang dibintangi Uli Auliani dan Samuel Zylgwyn ditayangkan di pawagam terpilih selepas tayangan perdananya akhir April lalu. Sebelum filem Akibat Pergaulan Bebas ditayangkan, filem Menculik Miyabi yang lebih awal ditayangkan di pawagam turut mengundang kontroversi.
Kontroversi terbabit disebabkan filem itu dibintangi pelakon filem dewasa Jepun, Maria Ozawa. Maria akhirnya membatalkan untuk menjalani penggambaran di Indonesia dan memilih untuk melakonkan wataknya di Jepun.
Menurut Sekretariat Pengkajian dan Pengembangan MUI, Amirsyah Tambunan, filem yang berkisar mengenai kehidupan golongan muda itu bertentangan Undang-Undang Pornografi dan Undang-Undang Perfileman di republik itu.
“Undang-Undang Perfileman menggariskan bahawa filem itu perlu menonjolkan budaya dan menggambarkan kehidupan bangsa,” katanya di gedung DPR RI Senayan, di sini.
Home »
» Ulama protes filem dilakon Maria Ozawa
Ulama protes filem dilakon Maria Ozawa
Written By canang on Selasa, 18 Mei 2010 | 5/18/2010 04:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan