Home » » Undi Pos Di Sibu Bermula Esok

Undi Pos Di Sibu Bermula Esok

Written By canang on Rabu, 12 Mei 2010 | 5/12/2010 09:06:00 PTG

SIBU: Proses pengundian pos bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu akan bermula esok di tiga venue di sini dari 8 pagi hingga 5 petang.

Penolong Pegawai Pengurus pilihan raya, Justani Joni berkata, venue itu adalah ibu pejabat Polis Bahagian, Kem RASCOM dan Kem Batu 10 Jalan Oya.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata, pengundian di Ibu Pejabat Polis Bahagian dijalankan hanya esok sahaja manakala bagi kedua-dua kem tentera itu pula, ia akan berlanjutan sehingga Jumaat.

Beliau berkata, 2,537 orang akan melaksanakan tugas sebagai pengundi di ketiga-tiga venue berkenaan.

Sementara itu, Justani berkata, 271 pekerja Suruhanjaya Pilihan Raya yang layak mengundi tetapi terbabit dalam pilihan raya kecil itu akan mengundi di Pejabat Daerah Sibu mulai 2 petang esok.

Pengundian pos secara percubaan diadakan di Pejabat Daerah Sibu hari ini.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger