Home » » 5 Ritma Abstrak Miss Universe Malaysia 2010

5 Ritma Abstrak Miss Universe Malaysia 2010

Written By canang on Sabtu, 19 Jun 2010 | 6/19/2010 12:00:00 PTG

Detap-detup debaran semakin kencang, kala semakin hampir tibanya pertandingan di peringkat dunia yang akan menemukannya dengan 83 jelitawan dari serata benua dan negara pada 23 Ogos nanti.

Kota hiburan terkemuka, Las Vegas akan menjadi saksi sama ada gadis kacukan Cina dan India ini mampu mengharumkan nama Malaysia sebagai salah seorang jelitawan paling didambakan dihadapan barisan juri serta lensa seantero dunia.

Personalitinya yang manis tapi petah berbicara, menjadikan Nadine senang didekati, apatah lagi dia bukanlah yang boleh dikategorikan dari kelompok cantik di luar tapi kosong dalam.

Sentuhan Stailista yang menjadi teras gaya dan persona gadis berbintang Virgo ini nyata ringkas. Namun itu tidak bermakna dia tidak berani mencuba sesuatu pembaharuan.

Ritma fesyennya masih lagi berteraskan selera ibunda, di mana yang abstrak senantiasa menjadi pilihan Nadine terutama bagi menambahkan koleksi perhiasan dirinya.

Biasan yang selalu diserlahkannya kala bertemu masyarakat umum juga tidak terlalu berlebih-lebihan, sebaliknya dia beruntung kerana perangkul Miss Universe Malaysia 2004, Andrea Fonseka selalu saja berada di sisinya.

Ideologinya yang memandang jauh ke hadapan dan tidak bersifat konvensional dapat dilihat melalui caranya kala berpenampilan sama ada ketika kasual mahupun formal. Buktinya, lihat saja lenggok dan gayanya kala menyerlahkan busana rekaan pereka fesyen tempatan, Amir Luqman.

Ya, Nadine melengkapi segala kriteria Hip, Urban, Real and Relevant sebagaimana yang dicari-cari menerusi wajah baru Miss Universe Malaysia 2010.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger