SEKS! Satu daripada nikmat hidup namun bagaimana dengan cinta? Barangkali satu persoalan yang sukar untuk dirungkai. Ada berpendapat, lelaki lebih kepada seks manakala wanita pula terlalu mempercayai cinta. Adakah ini bermakna lelaki mempunyai dorongan seks tinggi dan kaum adam gemar memikirkan seks berbanding wanita?
Hanya golongan lelaki yang mempunyai jawapan itu. Namun jangan salahkan lelaki jika mereka tertarik pada kaum wanita yang kelihatan cantik.
Pastinya golongan lelaki sukar menepis dugaan itu apabila bertemu wanita yang memiliki kriteria seperti wajah jelita, gerak badan dan fizikal seksi, senyuman manis, personaliti menyakinkan dan berfikiran positif.
Justeru, apabila dewasa ini mengetahui ramai lelaki terlibat dengan skandal seks sama ada bujang atau berkahwin, apakah kita perlu melihat senario itu satu perkara normal dalam kehidupan hari ini?
Antara lelaki yang mendapat aib gara-gara nafsu seks yang tidak terkawal sebelum ini ialah aktor popular Hong Kong, Edison Cheng dan pemain golf dunia, Tiger Woods. Dan terbaru, hobi bermain seks dengan puluhan pasangan ini sudah berjangkit kepada artis seberang yang juga amat diminati di negara ini, Ariel Peterpan. Ketiga-tiganya berhadapan dengan isu yang sama, terperangkap dengan skandal seks dan didedahkan kepada umum. Biar apa pun tanggapan ramai, tiga selebriti ini membuktikan nafsu lelaki cukup berbahaya jika ia tidak dikawal oleh akal dan minda.
Ariel kini Peterporn
Kalau ditanya siapa lelaki yang paling dicari-cari ketika ini, jawapannya sudah terang dan bersuluh, lelaki itu adalah Ariel Peterpan.
Carian di laman sesawang Yahoo! membuktikan kenyataan itu apabila nama Ariel Peterpan paling kerap dikunjung kira-kira seramai 4,930,171 pelayar internet di seluruh dunia. Biarpun merupakan artis Indonesia, kes video lucah bekas vokalis kumpulan Peterpan itu cukup panas walaupun pada mulanya dia enggan mengakuinya.
Rabu lalu, polis Indonesia secara rasmi mengesahkan Ariel atau nama sebenarnya, Nazril Irham, 29, sebagai suspek utama kes video lucah yang dipercayai dilakukannya secara berasingan dengan dua wanita yang juga selebriti negara itu.
Ariel kini ditahan di sebuah penjara bagi membolehkan siasatan ke atasnya dilakukan atas tuduhan melakukan hubungan seks suami isteri tanpa nikah.
Sementara itu, dua wanita yang dikaitkan dengan penyanyi berwajah kacak iaitu model Luna Maya dan artis Cut Tari akan turut ditahan untuk membantu siasatan.
Luna yang juga model ternama merupakan teman wanita Ariel ketika ini manakala Cut pula adalah bekas teman wanita penyanyi itu.
Media Indonesia turut membuat pelbagai spekulasi dengan mengatakan Ariel bukan sahaja bermain seks dengan wanita, tetapi juga bersama-sama beberapa lelaki di ranjang dan ia turut dirakamkan. Tetapi sehingga berita ini ditulis, polis Indonesia tidak membuat sebarang penjelasan lanjut mengenai pembabitan kekasih ‘lelaki’ Ariel itu.
Sebelum ini pun, nama Ariel sudah dipandang serong dan dilabel lelaki kasanova apabila menikah dengan Sarah Amalia selepas wanita itu mengandung.
Bersama Sarah, dia dikurniakan seorang anak perempuan sebelum bercerai pada 27 Mei 2008.
Berbalik kepada kes video lucah, Ariel bukan sahaja perlu menanggung malu malah berdepan dengan kecaman hebat daripada seluruh masyarakat negara itu.
Apatah lagi dengan status Indonesia sebagai negara yang mempunyai umat Islam teramai di dunia, Ariel tidak perlu menunggu lama apabila sebaik sahaja dia ditahan, lebih 1,000 umat Islam melakukan perarakan di tengah Jakarta yang menuntut selebriti tempatan itu dihukum rejam.
Sambil melaungkan takbir, mereka yang dikenali anggota dan penyokong parti politik, Hizbut Tahrir turut menaikkan bendera dan sepanduk menggesa Ariel ditahan kerana berzina.
Rumah keluarga Ariel di Bandung juga digeledah pihak polis, dan ahli keluarganya juga menanggung malu tidak terhitung sehingga tidak mampu menjalankan urusan kehidupan seperti biasa selepas skandal seks itu disahkan pihak berkuasa.
Itulah impak maksimum yang mula diterima anak bongsu daripada tiga beradik. Ariel kini terus menerima cemuhan kerana skandal seksnya itu.
Sesuatu yang tidak boleh dielakkan apabila karier Ariel menghampiri jalan penamat kerana jika didapati bersalah, hukuman penjara 12 tahun menanti penyanyi yang pernah membuaikan perasaan peminat dengan lagu popular, Ada Apa Denganmu dan Mungkin Nanti.
Bagaimanapun Ariel mendapat dukungan penuh kekasihnya, Luna Maya yang sempat menulis dilaman sosialnya bahawa “I still love you Nazril Izham,”.
Kemenangan yang cukup hebat buat seorang lelaki apabila Luna yang namanya turut terbabit dalam video berkenaan masih mahu terus menyatakan kesetiannya kepada lelaki kacak itu meskipun turut membuatkan namanya tercemar gara-gara rakaman adegan tidak bermoral itu.
Tiger Woods kuat seks
Penghujung tahun lalu, skandal seks pemain golf terkemuka dunia ini bagaikan tiada kesudahan.
Satu persatu cerita curangnya dengan koleksi teman wanita simpanan dilondeh pihak media.
Lebih malang, Woods atau nama penuhnya, Eldrick Tont Woods, 33, yang disangka memiliki imej baik rupa-rupanya mempunyai ketagihan seks yang kuat.
Ini kerana seorang ibu ayam yang sering menyediakan wanita pelayan kepada Woods mendakwa pernah menghantar empat pelacur sebanyak enam kali untuk khidmat seks kepada raja golf itu.
Jika benar dakwaan itu, Woods memang hebat di ranjang. Namun kesalahan yang ditanggung anak kacukan Amerika Syarikat-Thailand ‘seolah-olah’ bukan sesuatu yang luar biasa bagi atlet sukan bertaraf jutawan.
Telah menjuarai 71 kejohanan PGA Tour, bapa kepada dua anak itu memiliki segala-galanya dan wang simpanannya sahaja dipercayai melebihi AS$1 bilion. Itu belum lagi berkisar kehidupan mewahnya yang memiliki kapal persiaran mewah, jet peribadi dan kediaman agam.
Justeru, tidak salah jika ada wanita yang mendekati dirinya dengan mempertaruhkan wajah jelita dan tubuh badan seksi bagi merasai ‘sedikit sebanyak’ kemewahan Woods itu.
Cuma dari segi moral, raja golf itu bersalah di mata masyarakat dan imejnya jatuh merudum.
Mengkhianati cinta suci isteri yang bernama Elin Nordegen, 29, Woods bukan lagi dilabelkan seorang lelaki baik sebaliknya suami curang dan pengkhianat kesetiaan.
Elin sudah pasti menderita tambahan pula cerita luar dalam skandal seks suaminya itu dipaparkan di dada akhbar dan kaca televisyen.
Namun hari ini, kehidupan Woods telah mula kembali normal dan skandal seksnya bagaikan dilupakan dan dia mahu terus menghangatkan semula arena golf.
Dilihat secara rambang dan jika benar Ariel didapati bersalah kerana terlibat dalam skandal seks yang dirakamkan sendiri, keadaannya barangkali sangat similar dengan bintang popular Hong Kong, Edison Chen.
Muda, digilai ramai gadis dan merakamkan adegan seks sendiri dengan teman artis wanita yang pernah berskandal bersama mereka, persamaan itu bagaikan dirancang. Chen merupakan antara selebriti terawal yang terlibat dengan skandal seks pada tahun lalu. Tabiat buruk pelakon kelahiran Kanada itu akhirnya diketahui masyarakat apabila skandal itu tersiar di internet dan mencetuskan gelombang skandal seks terbesar di Hong Kong.
Gambar-gambar yang diambil sendiri oleh Edison menunjukkan dia berada dalam posisi berahi dengan beberapa bintang pop negara itu seperti Gillian Chung, Cecilia Cheung dan Bobo Chan.
Skandal itu menyebabkan Edison melarikan diri ke Kanada dan pada masa sama, karier wanita yang terlibat mula terjejas. Seperti biasa sebagai lelaki, Edison dipersalahkan masyarakat kerana sanggup memperdayakan ramai wanita demi memenuhi nafsu seksnya.
Bagi Cecilia Cheung, yang dikaitkan dengan gambar itu memberitahu, Edison tidak pernah memohon maaf terhadapnya dan dia masih dalam keadaan bingung dengan pengalaman hitam yang dihadapinya.
“Edison tidak pernah memohon maaf kepada saya secara peribadi. Sekurang-kurangnya dia perlu menghubungi bagi mengatakan kekesalan, jika dia benar-benar mengakui kesilapannya,” luahnya penuh kesal dengan keegoan lelaki itu.
Namun Edison mempunyai jawapan tersendiri kerana baginya, semua lelaki menyukai dan memerlukan seks dalam kehidupan mereka.
“Begitu juga dengan saya. Tetapi saya percaya seks itu lebih bermakna sekiranya disertai rasa cinta.”
Hebat kenyataan Edison itu kerana dia sedar skandal seksnya itu tidak akan berlaku jika perasaan cinta tidak hadir di dalam jiwa kesemua mangsanya itu.
Mungkin benar, Edison sebagai lelaki ingin membuktikan dia memberikan cinta untuk mendapatkan seks manakala wanita memberikan seks untuk mendapatkan cinta.
Selebriti Malaysia bagaimana?
Membaca kisah peribadi selebriti di dada akhbar dan menontonnya di kaca televisyen memang menyeronokkan.
Dan kadang-kala kita pula terlebih cepat menjatuh hukuman kepada mereka kerana menganggap melakukan satu perkara yang tidak sepatutnya dalam hidup.
Barangkali kita pernah mendengar gurauan rakan-rakan yang berkata, ‘mengapalah bodoh sangat sampai hendak rakam aksi seks itu’. Malah perumpamaan seperti pandai makan, pandai simpan juga sering meniti di bibir lelaki kasanova.
Tetapi jika perkara itu berlaku dikalangan selebriti dan terbongkar kepada masyarakat, kita pandai berkata, golongan itu sepatutnya menjadi teladan kepada peminat kerana status ikon yang dipegang.
Padahal kita tidak sedar dan terlepas pandang selebriti juga adalah manusia biasa yang tidak lepas daripada melakukan kesilapan.
Hakikat sebenarnya, skandal selebriti di Malaysia memang wujud cuma isunya tidak seteruk di luar negara.
Sekadar mengimbau skandal-skandal selebriti yang pernah berlaku, cuma rakaman video seorang dramatis terkenal menjadi kecoh beberapa tahun lalu.
Akibatnya, pelakon wanita itu terpaksa melarikan diri ke luar negara seketika dan menyepikan dalam industri sebelum kembali membuat kemunculan tahun lalu.
Bagaimanapun nasib malang terus menimpa diri aktres berbakat itu apabila ditinggalkan suami lantas membuatkan konflik itu dianggap sebagai hukuman kepada dosa-dosa masa lalunya.
Baik Woods, Chen mahupun Ariel, apa yang diharapkan agar budaya seks bebas tidak menular dikalangan selebriti tempatan.
Lelaki dilahirkan sebagai pelindung kepada wanita yang sememangnya dibekalkan dengan 9 nafsu oleh Pencipta. Percayalah, seorang lelaki yang bertanggungjawab atas kelahirannya, tidak akan dengan mudah ‘memangsakan’ perempuan yang sememangnya ditakdirkan lemah dan perlu dibimbing.
Home »
» Bahayanya nafsu lelaki
Bahayanya nafsu lelaki
Written By canang on Isnin, 28 Jun 2010 | 6/28/2010 11:30:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
jangan lupa artis kat malaysia pun pernah terlibat cuma masa tu internet tak sehebat sekarang..masih ingat lagi pada scandal wan nor azlin..???
Catat Ulasan