Selasa, 29 Jun 2010

Bayi atas tong sampah

SEREMBAN 29 Jun – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan dijumpai ditinggalkan di atas tong sampah di sebuah rumah teres satu tingkat di Taman Sri Pulai 3, Sikamat dekat sini, petang ini.

Jurucakap polis berkata, bayi yang masih hidup dan lengkap berpakaian itu dijumpai oleh seorang pekerja syarikat pelupusan sisa, Southern Waste Managment (SWM), pada kira-kira pukul 4.20 petang.

Katanya, pekerja terbabit sedang memungut sampah di kawasan taman perumahan itu apabila terserempak dengan bayi itu lalu dia menghubungi polis.

Katanya, polis kemudian membawa bayi itu ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini untuk pemeriksaan.

"Setakat ini polis tidak mendapat sebarang maklumat mengenai bayi itu dan akan merujuk bayi itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan susulan,” katanya. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.