Rabu, 30 Jun 2010

'Felda' Berhimpun Depan Pejabat Suara Keadilan

Sekumpulan yang mengaku dari Felda diuar-uar mahu menghantar memorandum kepada Suara Keadilan di Seksyen 13, Shah Alam hari ini.

Kumpulan berkenaan mulanya berhimpun di sebuah restoran berhampiran manakala peronda polis dilihat berlegar-legar di kawasan sekitar.

Turut dilihat ialah kumpulan pemberita media arus perdana yang diarah membuat liputan terhadap penyerahan memorandum itu.

Tidak diketahui sama ada kumpulan seramai kira-kira 100 orang yang mengaku sebagai orang Felda dan menaiki enam bas itu ditaja pihak tertentu.

2:53 pm: Pada masa ini, mereka sedang berkumpul di bawah pejabat dan melaungkan kata-kata tertentu.

2.58 pm: Ketika ini, seorang jurucakap kumpulan berkenaan sedang membaca kandungan memorandum berkenaan.

3:02: Kumpulan sedang membakar akhbar Suara Keadilan di jalan raya bertentangan pejabat Suara Keadilan hingga mengganggu aliran trafik.

3:07pm: Pengurusan Suara Keadilan menerima serahan memorandum daripada kumpulan berkenaan, diiringi kata-kata kesat dari sebahagian ahli kumpulan itu.

3:10pm: Selepas menyerahkan memorandum, kumpulan itu mulai bersurai.

3:15pm: Kumpulan itu sudah bersurai sepenuhnya dan sidang media sedang berlangsung.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.