Pemimpin muda Pakatan Rakyat mendesak kerajaan pemerintah supaya membeku penglibatan peserta dalam latihan ketahanan lasak berikutan kematian seorang pegawai tadbir diplomatik, Norhashimah Wahid pada 31 Mei lalu.
Mereka juga mahu kerajaan membuat siasatan terbuka dan telus, selain memberi jaminan kejadian seumpama itu tidak berulang.
Demikian saranan yang dinyatakan Ahli Parlimen Lembah Klang, Nurul Izzah Anwar; Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad; Adun Batu Caves Amiruddin Shaari dan Adun Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin.
Dukacita dengan kematian itu, pimpinan muda Pakatan Rakyat mempersoal modul dan Prosedur Operasi Standard atau SOP bagi latihan sedemikian berikutan banyak kematian dicatatkan termasuk melibatkan peserta PLKN sebelum ini.
“Pihak berkenaan harus bekukan penglibatan peserta di dalam latihan seumpanaya sehingga ia disiasat sepenuhnya dengan telus dan terbuka,” kata Nurul Izzah pada sidang media hari ini.
“Sekiranya latihan dikendalikan oleh perunding, adakah perunding ini mempunyai latar belakang profesional," soal beliau lagi.
Pegawai Kementerian Kewangan di Putrajaya, Norhashimah Wahid, 31, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang selepas mengikuti kursus ala komando di Jugra, Kuala Langat.
Mangsa dikatakan mengikuti kursus Modul Jati Diri di sebuah hutan kendalian Pasukan Khas Tentera Udara atau PASKAU.
Nik Nazmi berkata, kematian sebegini mengundang pelbagai persoalan, apatah lagi pihak bertanggungjawab seolah-olah bersikap lepas tangan.
Beliau menyatakan isu ini perlu diberi perhatian serius lantaran menyedari ada sesuatu yang tidak kena pada latihan ini.
Home »
» Beku Segera Latihan Lasak, Mana Siasatan & Jaminan?
Beku Segera Latihan Lasak, Mana Siasatan & Jaminan?
Written By canang on Jumaat, 4 Jun 2010 | 6/04/2010 04:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan