Home » » Enam bulan dihidang sup babi

Enam bulan dihidang sup babi

Written By canang on Sabtu, 5 Jun 2010 | 6/05/2010 09:00:00 PG

KUALA LUMPUR - Peniaga gerai makanan dari Padang Besar, Perlis, Omar Atan tidak dapat melupakan pengalaman pahit dihidangkan sup babi ketika enam bulan pertama menjalani hukuman penjara di Laos atas kesalahan melakukan pemerdagangan orang ke negara itu.

Warga emas berusia 59 tahun itu menegaskan, suka atau tidak, dia terpaksa menerima hakikat dihidangkan dengan sup babi dan pulut sebagai makanan harian bersama banduan lain di Penjara Puthong, Vientiane, Laos.

Oleh kerana tidak sanggup menghirup sup tersebut disebabkan ia haram di sisi agama, dia hanya memakan pulut sepanjang tempoh tersebut.

"Hari-hari, itulah makanan yang mereka beri kepada saya tetapi saya hanya memakan pulut sahaja.

"Selepas enam bulan, barulah saya dapat menikmati nasi dan lauk apabila Kedutaan Malaysia di Laos menyediakannya," katanya.

Beliau menceritakan demikian pada sidang akhbar bersama Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Khairun Aseh di sini semalam.
Share this article :

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Habis ...namanya pun banduan, takkan nak makan makanan hebat kot....Orang di Laos dia peduli apa....sebab itu jangan buat jahat.Kalau tertangkap kenalah tanggung sendiri.

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger