Home » » Kareena wanita tercantik India,Aktres ungguli carta pilihan majalah People

Kareena wanita tercantik India,Aktres ungguli carta pilihan majalah People

Written By canang on Jumaat, 11 Jun 2010 | 6/11/2010 11:30:00 PTG

MUMBAI: Kareena Kapoor terus mengungguli kedudukan teratas apabila baru-baru ini dipilih wanita paling cantik India oleh majalah People.
Beliau dilapor tampil berani dan berkeyakinan dengan memilih untuk tidak mengenakan solekan bagi menghiasi muka depan majalah itu yang memaparkan amalan senaman dan diet aktres Bollywood popular itu.
Majalah berkenaan yang turut memaparkan mengenai perkembangan karier beliau menyentuh mengenai persoalan seperti bila beliau berasakan dirinya amat cantik.

Menjawab temu bual eksklusif majalah People, Kareena berkata: “Saya percaya anda ialah apa yang anda makan. Lebih lima tahun saya tidak makan daging dan kini saya dapat melihat perbezaannya.”

Beliau yang juga disifatkan sebagai ‘Czarina’ industri Bollywood itu mendedahkan kestabilan hubungan dan kariernya turut menenangkan fikiran yang sekali gus ditonjolkan melalui riak wajahnya.

Ini adalah penampilan kedua Kareena menghiasi muka depan People selepas kali pertama menjadi penghias muka majalah popular itu pada 2008 dengan mengenakan solekan tebal.
“Kecantikan adalah ringkas dan semula jadi. Saya percayakan penampilan semula jadi dan People memberikan peluang ini.

“Apabila mereka cadangkan kepada saya konsep ini dan berkata mahu membuatkan isu wanita paling cantik India, saya amat teruja.

“Ia sama dengan versi antarabangsa isu yang memaparkan Julia Roberts sebagai muka depannya,” kata Kareena .
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger