Home » » Kehilangan dua kanak-kanak bongkar rahsia ibu bapa

Kehilangan dua kanak-kanak bongkar rahsia ibu bapa

Written By canang on Rabu, 2 Jun 2010 | 6/02/2010 10:51:00 PTG

KUALA LUMPUR – Kehilangan dua kanak-kanak lelaki berusia 7 dan 8 tahun pada 12 Mei lalu, secara tidak langsung membongkar rahsia yang disimpan rapi ibu bapa mereka yang disyaki bersekedudukan, selepas status perkahwinan pasangan itu diragui selain kelahiran anak sulung didapati tidak didaftarkan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pihaknya sedang mempertimbangkan kemungkinan mendakwa ibu bapa kepada dua kanak-kanak malang terbabit mengikut Akta Kanak-kanak 2001.

Menurutnya, tindakan tegas ini mungkin diambil berikutan kecuaian ibu bapa kepada dua kanak-kanak lelaki itu, yang membiarkan anak-anak mereka berkeliaran tanpa pengawasan sehingga hilang tanpa dikesan.

“Kita (polis) kesal perkara sebegini berlaku kerana ibu bapa kanak-kanak itu masing-masing berumur 44 dan 45 tahun, dilihat seolah-olah tidak mengambil berat kerana hanya melaporkan kehilangan anak-anak mereka selepas tiga hari kejadian berlaku.

“Pasangan itu yang baru tiga minggu tiba di ibu kota, bagaimanapun bernasib baik kerana kedua-dua anak mereka yang hilang berjaya ditemui dan diselamatkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehari selepas kejadian,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, polis dan JKM sedang merakamkan keterangan ibu bapa dua kanak-kanak itu dan akan mempertimbangkan sama ada pasangan itu bakal didakwa atas kecuaian yang dilakukan.:

Mengulas kehilangan dua kanak-kanak itu, Chin Wah berkata, polis menerima laporan daripada ibu bapa mereka pada 15 Mei lalu, berhubung kehilangan tersebut.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger