Home » » Kerajaan nafi jual tanah KTMB di Singapura

Kerajaan nafi jual tanah KTMB di Singapura

Written By canang on Selasa, 29 Jun 2010 | 6/29/2010 03:00:00 PTG

KUALA LUMPUR 28 Jun - Dakwaan kononnya kerajaan Malaysia menjual tanah kereta api di Tanjung Pagar di Singapura kepada republik itu adalah tidak benar, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Luar Datuk Richard Riot berkata, tanah KTM Berhad di Singapura itu dipajak oleh Kerajaan Negeri Selat kepada Negeri-Negeri Melayu Bersekutu untuk tujuan perkhidmatan rel pada 25 Okt 1918.

"Tanah Singapore Railway yang dipajak adalah seluas 434.26 ekar (173.7 hektar). Daripada jumlah tersebut, 352.52 ekar (141 hektar) dipegang oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi tempoh 999 tahun manakala 81.74 ekar (32.7 hektar) adalah bagi tempoh pajakan selama-lamanya.

"Sekiranya tidak lagi digunakan untuk tujuan perkhidmatan rel, tanah itu akan dikembalikan kepada Kerajaan Negeri Selat (Singapura) tanpa sebarang pampasan.

"Jadi dakwaan kerajaan jual tanah KTM di Tanjung Pagar itu tak benar kerana ia bukan hak kita,” katanya menjawab soalan tambahan Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) yang ingin tahu bagaimana Malaysia boleh kehilangan tanah tersebut walaupun negara mempunyai pelbagai pendekatan dalam menyelesaikan isu-isu tertunggak dengan negara-negara ASEAN.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengadakan lawatan kerja ke Singapura dalam tempoh tiga bulan lagi untuk muktamadkan keputusan pertukaran tanah itu.

Sebelum ini, isu mengenai tanah itu telah dibincangkan ketika Najib melawat Singapura dari 22 hingga 24 Mei lepas dan semasa Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong datang ke Malaysia bulan lepas. - Bernama
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger