BAGAN DATOH: Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, mencabar penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendedahkan bukti dalam tempoh 48 jam berhubung dakwaan bahawa ahli Parlimen Bebas diberi imbuhan RM2 juta untuk meninggalkan parti itu.
Beliau berkata, sekiranya Anwar gagal mengemukakan bukti berhubung dakwaannya itu sehingga Isnin ini, maka ahli Parlimen Permatang Pauh itu boleh dianggap melakukan satu pembohongan besar kepada rakyat.
"Kalau ada bukti tunjukkan dengan segera, jangan meracuni pemikiran rakyat dalam ceramah dengan memburukkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) terbabit dalam kes lompat parti," katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datoh di sini, malam tadi.
Ahli Parlimen Rembau itu berkata, tindakan kelima-lima ahli parlimen Bebas keluar PKR adalah disebabkan krisis dalaman parti itu sendiri, dan bukan didalangi UMNO atau BN.
Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Ketua Pemuda BN, berkata sayap berkenaan sudah bersiap-sedia mengemaskini jentera parti bagi menghadapi pilihan raya umum yang dijangka diadakan pada bila-bila masa. -
Home »
» Khairy cabar Anwar dedah bukti imbuhan RM2 juta dalam 48 jam
Khairy cabar Anwar dedah bukti imbuhan RM2 juta dalam 48 jam
Written By canang on Sabtu, 19 Jun 2010 | 6/19/2010 09:18:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan