Home » » Khalwat dalam ambulans?

Khalwat dalam ambulans?

Written By canang on Jumaat, 25 Jun 2010 | 6/25/2010 10:00:00 PG

Suruhanjaya Pemeliharaan Akhlak dan Pencegah Maksiat (Hai’a) menahan sebuah van ambulans di daerah ini berikutan berlaku insiden ‘khulwa’ atau pergaulan bebas antara lelaki dan wanita bukan mahram apabila seorang pemandu dan dua jururawat duduk di bahagian depan ambulans berkenaan.
Menurut pemandu ambulans, dia dan dua jururawat terbabit ditahan dalam perjalanan pulang selepas menghantar seorang mangsa kemalangan dari sebuah hospital di Madinah ke Al-Wajh.

Anggota penguat kuasa Hai’a mengejar ambulans dan mengarahkan pemandunya supaya berhenti.

Pemandu bersama dua jururawat terbabit yang diarah keluar mula dikerumuni orang ramai dan kaki tangan perubatan terbabit dibenarkan beredar hanya selepas penguat kuasa melakukan soal siasat lebih daripada satu jam,” jelas seorang saksi.

Jurucakap Hai’a, Muhammad Al-Zubaidi di wilayah Tabuk melaporkan anggotanya bertindak menahan ambulan itu kerana kakitangan Kementerian Kesihatan terbabit melanggar peraturan apabila dua jururawat duduk di bahagian penumpang depan bersebelahan dengan pemandu.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger