Home » » Khayal, bercumbu tanpa mempedulikan apa yang berlaku di sekitar mereka

Khayal, bercumbu tanpa mempedulikan apa yang berlaku di sekitar mereka

Written By canang on Isnin, 21 Jun 2010 | 6/21/2010 10:06:00 PTG

GELAGAT dua remaja wanita yang tidak segan silu menghidu gam sambil berjalan di tempat awam di Taman Melaka Raya 1.
MELAKA: Sebahagian remaja bawah umur yang suka berpeleseran di sekitar Taman Melaka Raya, Bandar Hilir, di sini, dipercayai turut terbabit dalam kegiatan menghidu gam sehingga membimbangkan pelbagai pihak terutama peniaga di kawasan berkenaan.

Selain menghidu gam, ada di antara mereka tanpa segan silu melakukan perbuatan tidak bermoral seperti berpelukan dan mengganggu ketenteraman awam serta duduk berkumpul di tembok laluan pejalan kaki dengan membuat bising.
Tinjauan Berita Harian baru-baru ini, mendapati dua gadis remaja khayal menghidu gam tanpa mempedulikan apa yang berlaku di sekitar mereka, malah kehadiran jurugambar Berita Harian di situ juga tidak diendahkan.
Akibat terlalu khayal, dua gadis yang berusia dalam lingkungan belasan tahun itu juga merepek dan membebel tidak tentu arah sehingga masing-masing mengadu kesal terhadap keluarga masing-masing.

Remaja terbabit dikatakan menjadikan gam sebagai alternatif kepada dadah, sebagai alat untuk membuatkan diri mereka asyik dan khayal serta melupakan masalah dihadapi.

Mereka dipercayai membeli gam basikal pada harga RM5 setin di beberapa kedai basikal berhampiran, sebelum memasukkannya ke dalam plastik dan kemudian menghidunya.

Seorang pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Amin, 19, berkata dia sering terserempak dengan 'komuniti' penghidu gam itu terutama pada setiap hujung minggu.
Beliau berkata, 'geng lalok' terbabit di kalangan sekumpulan remaja nakal dipercayai dari kawasan berhampiran, menjadikan setiap Sabtu dan Ahad sebagai waktu untuk berkumpul menghidu gam beramai-ramai di laluan kaki lima kedai di Jalan Melaka Raya 1 sebagai 'port' melakukan kegiatan itu.

"Apa yang mengejutkan, kumpulan remaja ini bukan saja lelaki, malah disertai remaja perempuan yang turut menjadi kaki hidu gam.

"Mereka juga dilihat bercumbuan dan berpelukan di kawasan yang dilalui orang ramai tanpa malu, selain sanggup membuang air kecil di tepi premis," katanya ketika ditemui.

Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Salmah, 36, berkata lokasi sekitar kawasan itu adalah antara lokasi 'panas' remaja menghidu gam.

Katanya, beberapa lorong dan kaki lima di kawasan premis itu dijadikan lokasi golongan terbabit melepaskan gian tanpa silu atau takut orang ramai memerhati gelagat mereka.

"Remaja yang dipercayai masih bersekolah ini akan berkumpul di sini, kira-kira jam 2 petang hingga malam setiap Sabtu dan Ahad.

"Selain menghidu gam, mereka juga mengganggu orang ramai termasuk pengunjung yang melalui kawasan mereka. Jika wanita atau warga asing lalu di kawasan itu, mereka meminta wang dan jika lelaki pula, mereka minta rokok," katanya.


sememangnya pihak berkuasa harus mengambil tindakan drastik dengan isu ini. namun, ibu bapa adalah tunjang utama yang harus memainkan peranan dalam memberikan anak2 didikan agama sepenuhnya. jangan harapkan institusi pendidikan sahaja. ibu bapa perlu sentiasa memantau kegiatan anak2. jangan hanya pentingkan dunia sahaja, kembali semula ke ajaran Islam dan junjungan kita, Nabi Muhammad SAW. kegagalan ibu bapa memberikan penerapan agama dari kecil adalah penyebab utama kpd masalah ini.
Kita jangan hanya bertanya dan berkata, "BUDAK-BUDAK SEKARANG NI DAH TAK TAKUT DOSA KE?".. bagaimana mereka hendak takut sedangkan mereka sudah tidak dapat membezakan dosa dan pahala. Bnagunlah ibu bapa semua, ajar anak2 ilmu agama, ia adalah benteng utama segala masalah social. jangan sampai bala sudah menimpa baru kita tersedar...
adi
tahukah anda bahawa perbuatan menghidu gam tiada dalam akta dadah..hisap sebanyak mana pun tak kan ada akta yang boleh mendakwa mereka. amat memalukan bangsa sendiri..hidup merempat macam x berpelajaran..sedih tengok anak bangsa jadi macam ni. harap pihak kerajaan menggubal atau membuat akta menghidu gam..
zura
saya mohon rakyat malaysia kekang masalah sosial ini dari akar umbi, iaitu menaiktarafkan kekuatan institusi keluarga kita. Pada masalah yang sudah 'ada' saya mohon, perjuangan dari ibu bapa anak anak bermasalah supaya anak ke pangkal jalan dan usaha yg banyak dan berterusan daripada pihak kerajaan; polis, etc.
Adie

Gelagat remaja hari ini amat merisaukan,mereka tidak dapat menerima apa yang orang katakan,yang mereka tahu keseronokan sahaja.Panduan hidup mereka ialah rakan-rakan yang sama fahaman dengan mereka.Ibu bapa beri nasihat mereka anggap sebagai leteran semata.Remaja ini akhirnya akan menyerah kepada lelaki yang pandai main kata-kata,akhirnya maruah tergadai,menyesal tak sudah.


Share this article :

1 ulasan:

ezdevon berkata...

nk jd pe ngn ppuan melayu,,huhuh,,,,nk ckp lebih xleh,,ak pown hawa,,,hm,,,lalu kat sni,,,nang lah erk klu free,,,

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger