Home » » Kota Bharu Bersiap-Sedia Untuk Muktamar Pas ke-56

Kota Bharu Bersiap-Sedia Untuk Muktamar Pas ke-56

Written By canang on Khamis, 10 Jun 2010 | 6/10/2010 11:30:00 PG

Ibu negeri Serambi Mekah meriah dengan sepanduk dan bendera hijau-putih Parti Islam SeMalaysia bersempena Muktamar Tahunan Pas ke-56.

Dewan utama Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan atau Putik yang menjadi lokasi muktamar kali ini diwarnai lampu kelip-kelip dan bacaan ayat suci Al-Quran sepanjang hari, menyambut 1,000 perwakilan dari seluruh negara.

Di lokasi berhampiran, lebih 278 para peniaga dan usahawan berhimpun di tapak Ekspo mendagangkan barangan masing-masing. Dari pakaian ke barangan elektrik dan bahan makanan, tapak ini menjadi tumpuan pemerhati dan perwakilan menjamu selera sebelum acara bermula malam ini.

Anggota Unit Amal yang segak dengan seragam merah dan beret hijau berbaris di pintu utama Putik, menanti kehadiran pimpinan kanan Pas.

Presiden Pas Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka merasmikan Perasmian Muktamar Tahunan ke-3 bagi Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat yang akan bersidang esok.

Antara yang kelihatan di muktamar ini adalah bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin.

Muktamar kali ini berlangsung hingga 13 Jun depan.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger