KOTA BHARU: Sindiket yang menyediakan ‘gadis penghibur’ dari Thailand kini semakin berhati-hati ketika berurusan apabila menggunakan sistem agak canggih bagi mengawasi pelanggan yang memasuki premis mereka.
Serbuan yang dilakukan terhadap sebuah premis hiburan haram dekat Jalan Kebun Sultan jam 1 pagi semalam, mendapati pemiliknya menggunakan sistem biometrik atau cap jari terhadap pelanggan yang mahu memasuki premis itu dengan kawalan ketat tonto.
Sebaik memasuki premis tiga tingkat itu, pelanggan akan dilayan pelanggan pelanggan (GRO) yang didatangkan dari negara jiran, sama ada untuk minum minuman keras atau berkaraoke yang dipercayai turut berlanjutan kepada sesi seks berdasarkan penemuan kondom di premis itu.
Bagaimanapun, helah itu tidak berpanjangan apabila premis itu diserbu sepasukan 15 anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Kelantan.
Ketua Bahagian Penguat kuasa Imigresen Kelantan, Malik Zaliman Deraman, berkata serbuan dilakukan awal pagi semalam adalah hasil maklumat berkaitan kegiatan tidak bermoral yang disalurkan oleh orang awam serta intipan pihaknya.
Beliau berkata, dalam serbuan yang diketuai oleh TPPI (II) Mohamad Zaidi Che Morad itu, pihaknya berjaya memasuki premis terbabit selepas menahan seorang tonto yang menjaga pintu masuk.
Katanya, sebaik memasuki premis pihaknya terpaksa memecahkan beberapa bilik yang dikunci dari dalam sebelum mendapati beberapa GRO bertempiaran melarikan diri.
“Hasil pemeriksaan menemui 12 orang GRO berusia 16 hingga 39 tahun itu berasal dari Utara Thailand.
“Mereka kini ditahan kerana kesalahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat Pas Lawatan,” katanya.
Katanya, semua wanita Thailand itu ditahan selama 14 hari mengikut Seksyen 51(5)(b) akta sama untuk siasatan lanjut di Depoh Tahanan Imigresen Tanah Merah.
Malik Zaliman berkata, ketika serbuan itu mereka cuba melarikan diri sebaik mendapat tahu kedatangan penguat kuasa melalui beberapa kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di premis itu tetapi tidak berjaya kerana terletak di tingkat dua premis tiga tingkat terbabit.
“Pihak Jabatan Imigresen berterima kasih kepada orang ramai yang prihatin dengan menyalurkan maklumat bagi membanteras kegiatan tidak bermoral inii,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Malik Zaliman berkata, pihaknya yakin kemasukan wanita warga asing ini sudah diatur pihak tertentu untuk bekerja sebagai GRO di sini
Home »
» Langgan GRO guna cap jari
Langgan GRO guna cap jari
Written By canang on Jumaat, 4 Jun 2010 | 6/04/2010 12:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan