Sejak kebelakangan ini, semakin banyak kes penipuan yang berlaku dalam negara kita. Dalam industri hiburan sendiri misalnya, juga tidak lari dari berlakunya kes penipuan. Antara kes yang pernah berlaku ialah pengurus songlap duit artis, artis mangsa penipuan skim cepat kaya, artis ditipu penganjur, skim pelaburan guna nama artis dan banyak lagi.
Sudah menjadi lumrah bila nama dah popular, pasti ada saja individu yang cuba nak mengambil kesempatan menggunakan nama artis untuk kepentingan sendiri. Terbaru, giliran pelakon yang namanya kian melonjak naik, Lisa Surihani Mohamed menjadi mangsa individu yang tidak bertanggungjawab.
Kalau sebelum ini kita pernah dengar tentang pelbagai sindiket penipuan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS), di mana modus operandinya meminta penerima SMS memasukkan sejumlah wang ke nombor akaun, kononnya untuk menebus hadiah cabutan bertuah yang dimenangi, namun kes Lisa lain pula.
Individu yang tak dikenali telah menyamar sebagai Lisa dengan menghantar SMS menyuruh orang menambah nilai ke nombor 016 yang pernah digunakan oleh Lisa sebelum ini.
“Beberapa minggu lalu kawan saya tanya saya, dah dapat ‘top up’ ke. Saya peliklah sebab saya tak minta pun dia ‘top up’ kan. Lagipun sekarang saya dah guna ‘line’. Nombor 016 tu pun saya dah tak guna sejak tahun lepas,” ujar Lisa ketika ditemui pada majlis pratonton tayangan filem 'Zoo' tengah hari tadi.
“Ada sesetengah kawan saya pelik, bahasa yang digunakan dalam SMS itu tak sama dengan saya. Malah, ada juga yang tak fikir banyak terus ‘top up’ kan. Ada satu ketika, kakak angkat saya telah ‘top up’ RM50 ke nombor itu.
“Kawan saya cuba buat siasatan, malah saya sendiri cuba telefon individu tersebut. Namun bila diangkat, dia diam. Saya dah telefon syarikat komunikasi terbabit untuk buat aduan berkaitan hal ini dan mereka akan cuba selesaikan masalah ini,” ujar Lisa meminta agar pihak syarikat komunikasi terbabit menyahaktifkan talian tersebut.
Maki hamun dan hantar sms lucah
Ekoran dari insiden itu, Lisa telah mengambil langkah dengan memberitahu di Facebook-nya bahawa dia tidak lagi menggunakan nombor 016 tersebut.
Dia juga berharap selepas ini, orang akan lebih berhati-hati dan mengabaikan SMS yang dihantar oleh individu yang meminta ‘top up’ dengan menggunakan namanya. Lisa turut memberitahu, setakat ini individu terbabit hanya mengambil kesempatan dengan meminta ‘top up’.
Bagi graduan dalam jurusan undang-undang, Universiti Aberystwyth, Wales ini, dia berharap individu terbabit tidak melampaui batas dengan menggunakan namanya.
“Ada satu ketika itu dia minta ‘top up’ tapi kawan saya tak ‘top up’. Kemudian dia maki hamun kawan saya. Dia juga hantar SMS berbaur lucah,” ujar Lisa yang turut ditemani ibunya, Puan Mira pada majlis pra-tonton itu.
Menurut Puan Mira, dia terkejut apabila saudaranya memberitahu tentang perkara tersebut. Puan Mira turut memberitahu, sebelum ini pernah ada saudaranya menelefon nombor tersebut dan seorang wanita telah menjawab panggilan itu.
“Mula-mula kami tak tahu. Tapi tiga minggu lepas ada saudara makcik telefon tanya guna lagi ke nombor 016. Ada juga saudara beritahu makcik, dia telefon dengar suara perempuan, tapi bukan suara makcik.
“Selepas itu, individu tersebut SMS dia minta ‘top up’ kan. Bagi makcik, tak baiklah buat begitu, minta ‘top up’. Tak ke malu Lisa. Ini akan bagi tanggapan yang buruk kepada Lisa."
Sehingga kini, sudah ada beberapa orang yang telah menjadi mangsa penipuan individu terbabit. Malah, pelakon dan pengacara, Sharifah Shahira juga hampir menjadi mangsa.
“Saya telefon Lisa untuk tanya tentang filem ‘Lagenda Budak Setan’, tapi bila jawab, orang tu diam. Saya dengar bunyi bising, ada suara budak. Kemudian saya SMS, tanya Lisa ke, dia jawab ya dan beritahu telefon bimbit dia rosak.
“Selepas itu, dia balas SMS minta saya ‘top up’ kan. Saya rasa peliklah, takkan Lisa akan suruh buat macam ni. Saya pun tak layan SMS itu.”
GUA kesian dekat Lisa sebab tak pasal-pasal jadi mangsa individu yang tak bertanggungjawab. Kepada individu terbabit, janganlah suka-suka salah gunakan nama orang, negara kita ada undang-undang. Jangan sampai kena tangkap nanti baru nak menyesal.
Home »
» Lisa Surihani Dijadikan Mangsa
Lisa Surihani Dijadikan Mangsa
Written By canang on Khamis, 10 Jun 2010 | 6/10/2010 08:30:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan