Home » » Liwat: Perbicaraan tangguh, tunggu pakar Australia

Liwat: Perbicaraan tangguh, tunggu pakar Australia

Written By canang on Selasa, 1 Jun 2010 | 6/01/2010 07:29:00 PTG

KUALA LUMPUR, 1 Jun: Perbicaraan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan disambung Khamis ini dengan kehadiran saksi pembela yang terdiri daripada pakar forensik perubatan dari Australia.

Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Md Diah menangguhkan perbicaraan hari ini selepas dimulakan dengan melawat lokasi kejadian di sebuah unit kondominium Desa Damansara pagi tadi.

Menurut peguam Karpal Singh, pakar tersebut dibawa bagi meneliti pengakuan yang dibuat oleh tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur terhadap pemeriksaan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pakar itu, Dr David Wells dijangka tiba di Malaysia pada pukul 7 pagi Khamis ini.

Dalam perbicaraan pagi tadi, pihak Anwar didakwa gagal melawat unit kondominium (tempat kejadian meliwat didakwa berlaku) seperti yang mereka pohon, sebaliknya hanya dibawa ke sebuah unit yang sama pernah dilawati mereka awal Februari lalu

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger