Home » » Luna dan Ariel bukan pelakon klip video seks

Luna dan Ariel bukan pelakon klip video seks

Written By canang on Isnin, 7 Jun 2010 | 6/07/2010 08:00:00 PTG

 Pasangan selebriti Indonesia, Luna Maya dan Nazriel Irham atau Ariel menafikan bahawa video lucah yang tersebar di internet baru-baru ini adalah perbuatan mereka, lapor akhbar Kompas semalam.

Namun, penafian tersebut bukan diluahkan daripada mulut mereka sendiri.

Baik Luna, mahupun Ariel masih berdiam diri setiap kali pihak media Indonesia meminta mereka mengulas mengenai klip video kontroversi itu.

Penafian itu sebaliknya, dinyatakan oleh Setiausaha Perusahaan Syarikat PT Unilever, Sancoyo Antarikso selaku penerbit iklan sabun kecantikan Lux yang mengupah mereka sebagai bintang iklan terbaru Lux.

Beliau membuat kenyataan berkenaan untuk menjawab pertanyaan mengenainya oleh pihak atasan PT Unilever.

Sancoyo berkata, Luna dan Ariel mendakwa bahawa video seks yang beredar di dunia siber itu dihasilkan melalui teknik pertindihan gambar.

"Kami menerima kenyataan bertulis daripada pihak Luna Maya dan Ariel bahawa video itu adalah rekaan semata-mata" kata Sancoyo di Jakarta, semalam. - Agensi
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger