KAHERAH 31 Mei - Pakar-pakar kaji purba menemui makam berusia 3,300 tahun milik Datuk Bandar ibu kota mesir purba yang hilang ditelan padang pasir sejak pemburuan harta karun pertama pada abad ke-19 yang mencuri perhiasan dinding.
Ptahmes, Datuk Bandar Memphis, juga berkhidmat sebagai komander tentera dan bertanggungjawab memantau harta serta bertugas sebagai penulis diraja di bawah pemerintahan raja Firaun Seti I dan Ramses II pada abad ke-13 Sebelum Masihi.
Penemuan pada awal tahun ini di tanah perkuburan lama New Kingdom di Saqqara, selatan Kaherah menyelesaikan teka-teki pada 1885, ketika ekspedisi asing menemui beberapa serpihan makam itu yang lokasinya kemudian dilupakan.
"Sejak itu ia ditutupi pasir dan tidak ada seorang pun mengetahui tentangnya. Penemuan ini penting kerana ini adalah makam yang hilang," kata Ola el-Aguizy, profesor kaji purba Universiti Kaherah yang mengetuai pencarian itu.
Beberapa artifak yang ditemui sebelum ini dipamerkan di muzium Belanda, Amerika Syarikat dan Itali, selain Muzium Mesir di Kaherah memberikan bayangan tentang kehilangan makam itu.
Pasukan daripada jabatan kaji purba Universiti Kaherah menemui makam itu ketika pencarian mereka di kawasan tersebut yang bermula pada 2005, menurut el-Aguizy.
Bahagian dalaman bilik besarnya dipenuhi dengan gaya kuil, namun mumia Ptahmes masih tidak ditemui.
Di bahagian tempat suci dan beberapa kamar lain pula, mereka menemui dinding terang yang diukir dengan gambar orang memancing dari bot. - AP
Home »
» Makam purba 3,300 tahun ditemui
Makam purba 3,300 tahun ditemui
Written By canang on Selasa, 1 Jun 2010 | 6/01/2010 12:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan