Home » » Dunia Artis:Mengaku Cintai Jejai : Fasha Nafi Jadi Perampas

Dunia Artis:Mengaku Cintai Jejai : Fasha Nafi Jadi Perampas

Written By canang on Rabu, 30 Jun 2010 | 6/30/2010 11:30:00 PTG

PETALING JAYA: Ketika peminat tertanya-tanya sejauh manakah hubungan Fasha Sandha dengan Rizal Ashram Ramli, pelakon wanita itu hari ini secara rasmi mengaku anak bekas Menteri Besar Perak itu adalah kekasihnya.

Menurut Fasha, kedua mereka mengambil keputusan untuk menjadi pasangan kekasih pada 18 Mei lalu di Pulau Lang Tengah, Terengganu ketika Fasha sibuk dengan penggambaran drama bersiri Duyong Aridinata terbitan Zeel Production.

Ketika penggambaran itu, Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai hadir membuat kejutan untuk bertemu Fasha di pulau itu dengan menaiki sebuah helikopter.

“Kesungguhan dia selama ini membuatkan pintu hati saya terbuka untuk menerimanya sebagai seorang kekasih. Saya memang benar-benar tersentuh hati kerana tidak pernah ada mana-mana lelaki yang berbuat sebegitu kepada saya. Kalau tidak kerana dia datang dengan helikopter pun saya akan terima dia,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran drama tersebut di TV3 di Ampang hari ini.

Menurut Fasha, dia mengenali Jejai sejak tujuh tahun lalu dan mula rapat selepas lelaki itu berpisah dengan pelakon Nora Danish pada 12 Ogos 2008.

Fasha turut menolak dakwaan dia adalah perampas dan menjadi pemusnah terhadap rumah tangga pelakon itu.

Sebaliknya kata Fasha, dia dan Jejai sebelum ini hanya sekadar berkawan biasa tanpa ada apa-apa perasaan.

Sebelum ini gosip keintiman Fasha dengan Jejai semakin kuat apabila dia dikatakan telah membuat pengakuan dilamar oleh Jejai pada 3 Januari lalu. Pengakuan tersebut dibuat menerusi laman sosial MySpace miliknya.

Namun, keluarga Fasha dikatakan menentang hasrat tersebut kerana bimbang keluarga Jejai tidak akan merestui hubungan mereka.

Bagaimanapun apabila bercakap soal kahwin, Fasha berkata dia dan Jejai masih belum merancang untuk kearah itu. Apa yang penting, keluarga kedua-dua pihak telah mengetahui hubungan intim mereka.

Baru-baru ini, Fasha dihambat dengan kontroversi apabila timbul tuduhan aktres Tiz Zaqyah mengganggu kekasihnya itu. Namun tidak lama selepas itu, Tiz menafikan dakwaan tersebut.

Malah Fasha juga dilaporkan turut mengaitkan nama Tiz menjalin hubungan dengan aktor Fizz Fairuz sehingga menyebabkan hubungan pelakon itu dengan kekasihynya Almy Nadia terganggu.

Bagaimanapun, dia enggan mengulas isu berkenaan kerana menganggap perkara itu sudah berlalu.

“Saya tiada komen apa-apa tentang perkara itu,” jawabnya ringkas sebelum meminta izin untuk berlalu pergi.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger