Home » » Model dipenjara kerana benarkan tubuhnya diraba

Model dipenjara kerana benarkan tubuhnya diraba

Written By canang on Rabu, 2 Jun 2010 | 6/02/2010 07:30:00 PTG

ROM - Model seksi majalah lucah Playboy, Brigitta Bulgari dihukum penjara selepas didapati membenarkan remaja sekolah berumur 15 tahun meraba-raba dirinya dalam satu persembahan, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang hakim Itali mereman gadis berambut perang yang berusia 27 dan berketurunan Hungary itu selepas dia melihat rakaman video telefon bimbit mengenai tarian erotik tersebut.

Rakaman itu didakwa menunjukkan beberapa orang remaja menyentuh punggung model tersebut dalam satu persembahan erotik.

Hakim Giuiliano Mignini menolak satu permohonan ikat jamin dengan berkata: "Saya terfikir risiko sama ada dia akan berhubung dengan remaja tersebut semula selepas ini.

"Saya berpendapat tindakan menghukum Brigitta di penjara buat sementara waktu merupakan tindakan yang betul," ujarnya.

Model majalah lucah itu disabitkan dengan kesalahan melakukan persembahan tidak senonoh di hadapan remaja di bawah umur.

Namun peguam bela model seksi itu, Bruno Oberta dengan marah berkata: "Saya berpendapat hakim tersebut terlalu bias terhadap wanita seksi. - Agensi
Share this article :

1 ulasan:

tiada nama berkata...

adoi.. patut org yg meraba tu gak kene penjara. mcam2 la. kalau dewasa wat camtu, kene penjara tak? alasan

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger