Home » » Musa Hassan Nafi Tidak Akan Letak Jawatan

Musa Hassan Nafi Tidak Akan Letak Jawatan

Written By canang on Selasa, 15 Jun 2010 | 6/15/2010 08:10:00 PG


Dalam kenyataan yang dikeluarkan Bukit Aman malam semalam, Musa menafikan sekeras-kerasnya laporan terbabit dan berkata tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan secara bertulis atau pun lisan kepada mana-mana media.

"Malah para wartawan atau wakil media yang hadir dalam sidang akhbar yang diadakan selepas perhimpunan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman hari ini tidak mengemukakan sebarang soalan berkaitan," kata kenyataan itu.

Sehubungan itu PDRM ingin menasihatkan media supaya mendapatkan fakta-fakta yang sahih dan disahkan benar daripada pegawai-pegawai berkenaan.

Mereka juga boleh menghubungi pusat media PDRM Bukit Aman sebelum menyiarkan sesuatu perkara yang diragukan kesahihannya, menurut kenyataan itu. Akhbar itu melaporkan bahawa Musa berkata demikian selepas perhimpunan tersebut. - BERNAMA

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger