Home » » Pasangan kembar kongsi otak

Pasangan kembar kongsi otak

Written By canang on Selasa, 22 Jun 2010 | 6/22/2010 04:00:00 PTG

VANCOUVER: Tatiana dan Krista Hogan amat unik - satu-satunya kembar di dunia yang berkongsi otak.

Keluarga mereka berkata, kedua-dua bayi itu mempunyai keupayaan khusus kerana berkongsi otak, termasuk boleh melihat menerusi mata masing-masing.

Meskipun berdepan dengan masalah yang luar biasa, mereka tetap menjalani kehidupan bahagia, kata keluarga dan orang di sekeliling mereka.

Pada masa sama, walaupun terpaksa bergerak serentak, mereka sering tidak sepakat mengenai arah mana yang hendak dituju dan ini mencetuskan masalah.

Kanak-kanak itu yang menetap di Vancouver Kanada, sehingga ini masih menimbulkan tanda tanya pada sains perubatan.

“Tatiana dan Krista mengalami percantuman di thalami. Ini menjadikan mereka agak unik,” kata pakar neuro mereka, Dr Doug Cochrane. Keadaan itu juga yang menyebabkan mereka tidak boleh dipisahkan.

Ibu kanak-kanak berkenaan, Felicia berkata, Tatiana dan Krista berkongsi banyak perkara berbanding kembar Siam lain.

“Mereka mempunyai kebolehan khas untuk melihat satu sama lain dan melihat apa yang dilihat oleh seorang daripada mereka,” kata Felicia.

Tatiana, yang lebih kecil, mempunyai jantung lebih besar, membolehkan dia mengepam sebahagian besar darah Krista ke otaknya. - Agensi

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger