KOTA BHARU – Guru di negeri ini adalah paling ramai melaburkan wang hingga mencecah ratusan ribu ringgit dalam pelaburan skim cepat kaya.
Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Kelantan, Wan Mohd Sabri Wan Harun berkata, kes pendakwaan yang dikendalikan mahkamah membuktikan golongan itu adalah sebahagian besar menjadi mangsa.
Menurutnya, lebih membimbangkan lagi apabila gejala itu menjadi masalah besar kerana melibatkan wang pelaburan hasil pinjaman yang dibuat daripada ‘koperasi along’.
“SKM dukacita apabila ada dalam golongan profesion yang dihormati ini memohon pinjaman melalui bank dan koperasi tidak berdaftar yang menawarkan pinjaman dalam kadar lebih tinggi.
“Ada antara mereka sanggup meminjam sehingga RM50,000 malahan tidak teragak-agak menggunakan wang berjumlah RM200,000 yang dipinjam daripada koperasi untuk melabur dalam skim itu,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan ke-15 Koperasi Guru Kelantan Berhad (Koop Guru), semalam
Home »
» Ramai guru terbabit skim cepat kaya
Ramai guru terbabit skim cepat kaya
Written By canang on Ahad, 6 Jun 2010 | 6/06/2010 11:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan