Home » » Shakira Mahu Anak Tapi Tak Mahu Kahwin?

Shakira Mahu Anak Tapi Tak Mahu Kahwin?

Written By canang on Selasa, 29 Jun 2010 | 6/29/2010 02:00:00 PG

Diam tak diam, sudah 4 tahun penyanyi Shakira bertunang dengan seorang peguam bernama Antonio De La Rua yang juga merupakan anak sulung kepada bekas presiden Argentina, Fernando de la Rua.

Tapi, apa yang Murai Batu dengar, sampai sekarang pun, Shakira masih tak bersedia nak mengahwini tunangnya yang memang kaya raya tu. Sebab dia rasa, lebih romantik lagi kalau jadi kekasih berbanding jadi seorang isteri.

Walaupun begitu, Murai Batu dengar, Shakira dengan Antonio berminat sangat nak membangunkan keluarga mereka sendiri. Malah, Shakira juga nak sangat ada anak. Cuma dia tak nak pakai gaun perkahwinan.

Apapun, Shakira khabarnya bertemu Antonio kira-kira 9 tahun yang lalu di sebuah restoran di Argentina. Baginya Antiono bukan saja lelaki yang tepat untuknya tetapi juga adalah cinta pandang pertamanya.

Malah, Shakira juga menganggap pertemuannya dengan Antonio seolah-olah ibarat seperti dia telah memenangi sebuah loteri. Amboi, Over ni!

Tidak kiralah apapun. Yang penting, Murai Batu naik syok pula bila dengar Shakira bawa lagu anthem rasmi Fifa Piala Dunia 2010, Waka Waka (This Time For Africa).

Sebab lagu tu sedap dan melodinya pun catchy sangat. Berpuluh kali Murai Batu dengar pun rasa tak jemu-jemu.

Malah, waktu Shakira bawa lagu tu masa acara pembukaan World Cup 2010 yang dibawakan secara live dari Afrika Selatan, Murai Batu tengok ramai yang tidak berkelip mata menyaksikan persembahan pada waktu itu.

Boleh dikatakan itulah antara persembahan Shakira yang paling best dan paling happening sepanjang dia membuat persembahan selama ini.

Kalau Murai Batu berkesempatan jumpa Shakira, Murai Batu nak sangat beritahu hal ini kepada dia, selain mengucapkan tahniah.

Khabarnya, keluarga Shakira yang berada di Colombia pun terharu dan rasa bangga sangat bila tengok Shakira performed lagu tu dengan begitu baik sekali dalam acara pembukaan World Cup 2010 tersebut.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger