MUMBAI: Model dan pelakon Sherlyn Chopra mengejutkan peminatnya di laman sembang blok mikro Twitter apabila mengirimkan gambar bogelnya tetapi menutup bahagian tertentu tubuhnya dengan cara bijak.
Sherlyn sebelum ini dilaporkan berkata, walaupun suka berbogel, beliau belum bersedia mendedahkan keseluruhan payu daranya di depan kamera dan mempunyai alasan sendiri mengenai perkara itu.
“Satu daripada puncanya ialah saya berbangsa India. Saya suka berbogel. Ia amat indah dan dapat mempersembahkan diri saya dalam bentuk yang paling tulen. Malangnya untuk berbogel di depan kamera adalah sesuatu yang saya belum bersedia melakukannya,” katanya yang dipetik sebuah akhbar harian.
Sherlyn juga bangga apabila gambar bogel terbarunya menjadi perbualan ramai dan mahu peminat terus membuat imaginasi sendiri.
Sherlyn dilaporkan membatalkan keputusan awal apabila setuju bergambar untuk majalah Playboy selepas memuat naik beberapa gambarnya yang ghairah sehingga menarik minat majalah lelaki dewasa itu.
Beliau juga memberi isyarat mengenai kemungkinan menghiasi muka depan majalah itu di Twitter dengan menyatakan sudah menerima tawaran tetapi tidak tahu apa yang harus dilakukannya kerana perasaannya masih berbelah bagi.
Sherlyn mengaku berasa gementar dan takut dengan tawaran itu. Bagaimanapun model itu dijangka membuat keputusan muktamad minggu ini. – Agensi
Home »
» Sherlyn Chopra akui gemar berbogel
Sherlyn Chopra akui gemar berbogel
Written By canang on Selasa, 1 Jun 2010 | 6/01/2010 02:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan