Home » » Tiada Janji Projek Pilihanraya Untuk Sibu

Tiada Janji Projek Pilihanraya Untuk Sibu

Written By canang on Jumaat, 25 Jun 2010 | 6/25/2010 08:00:00 PG

Pimpinan Pakatan Rakyat tidak terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri Najib Razak kononnya kerajaan tidak pernah menjanjikan projek kepada rakyat semasa kempen pilihan raya kecil di seluruh negara termasuk di Parlimen Sibu Mei lalu.

Malah rata-rata mereka berkata alasan Najib sudah dijangka.

Najib berkata segala peruntukkan yang diberi telah dirancang terlebih dahulu dan bukannya projek mee segera untuk meraih undi rakyat.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani berkata gelagat Najib yang gemar memutar belitkan kenyataan sudah lama sebati dengan dirinya.

“Memang sejak dulu Najib selalu cakap pusing-pusing," tegas beliau sambil menyifatkan kenyataan Najib itu sebagai lucu.

Bagi Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, penafian Najib tidak mudah diterima oleh rakyat Malaysia berikutan klip video kontroversi Najib itu sudah diketahui umum.

“Bukan sahaja di Sibu, pada pilihan raya kecil Hulu Selangor, Najib juga secara tiba- tiba meluluskan sejumlah RM 3 juta dana kepada sekolah jenis kebangsaan cina dengan syarat, calon mereka mesti menang pada pilihan raya itu,” ujar Charl
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger