RIYADH: Ulama Undang-Undang Shariah Arab Saudi, Youssef al-Ahmad membuat tuntutan di mahkamah bagi menghalang tindakan Kementerian Pendidikan membenarkan guru wanita mengajar penuntut lelaki di sekolah swasta.
Youssef berkata, beliau melakukannya selepas pemimpin tinggi tidak mengendahkan suratnya yang mendakwa Islam melarang guru wanita mengajar pelajar lelaki.
“Saya membawa perkara ini ke mahkamah selepas tiada jawapan daripada kementerian,” katanya.
Bulan lalu, Timbalan Menteri Pendidikan, Noural al-Fayez, menteri wanita pertama Saudi mengumumkan guru wanita dibenar mengajar pelajar darjah 1 hingga 3 sekolah rendah.
Youssef yang mengajar di Universiti Islam Imam Muhammad bin Saud mendakwa kebenaran ini adalah langkah awal untuk mewujudkan sekolah campur di masa akan datang. - AFP
Home »
» Ulama cuba sekat pelajar lelaki diajar guru wanita
Ulama cuba sekat pelajar lelaki diajar guru wanita
Written By canang on Khamis, 3 Jun 2010 | 6/03/2010 11:30:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan