Home » » Umno Titiwangsa: Penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru Perlu Libatkan Penduduk Setempat

Umno Titiwangsa: Penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru Perlu Libatkan Penduduk Setempat

Written By canang on Sabtu, 19 Jun 2010 | 6/19/2010 07:00:00 PG

Ketua Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa, Mohd Idham Yasser Dato Seri Sulaiman turut mengulangi gesaan Ahli Parlimen Dr Lo' Lo' Ghazali supaya penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB) melibatkan penduduk setempat.

“Buat masa ini, saya rasa kita perlu tunggu dan lihat bagaimana konsep perbadanan yang hendak dibuat kerana kepentingan kami dan pemilik tanah Kampung Baru ini semua miliknya bumiputera dan juga Kuala Lumpur itu sendiri.

“Orang awam itu perlu terlibatlah, jadi saya setujulah kerana ia berkaitan dengan kepentingan orang awam kerana ia akan membawa mana-mana suara tetapi mana-mana badan yang ditubuhkan ia perlu objektif dan tidak boleh berat sebelah dan dipertimbangkan semua faktor untuk mendapat penyelesaian yang terbaik,” katanya kepada TV Selangor ketika dihubungi.

Beliau berkata tindakan ini perlu bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diduga di kemudian hari sebelum ia dikuatkuasakan oleh kerajaan terhadap pemilik-pemilik geran tanah Kampung Baru.


Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger