SYDNEY- Seorang wanita Perancis mencetuskan kontroversi apabila dia melakukan tarian bogel di atas puncak sebuah batu gergasi merah Uluru di Australia yang dianggap kawasan suci oleh penduduk pribumi, hari ini.
Sehubungan itu, penduduk pribumi yang marah dengan tindakan wanita tersebut telah menggesa supaya orang ramai dilarang mendaki batu tersebut.
Alizee Sery, 25, menanggalkan bikini putihnya selepas mendaki monolit di tengah Australia itu, yang dahulunya dikenali sebagai Ayers Rock.
Sery menyifatkan perbuatannya itu sebagai satu penghormatan kepada budaya masyarakat pribumi di situ.
"Saya sedar bahawa Uluru adalah tempat suci bagi budaya mereka. Tindakan saya itu adalah sebagai menghormati kebesaran batu itu.
"Apa yang kita perlu ingat ialah masyarakat pribumi secara tradisinya hidup dalam keadaan bogel. Jadi tarian itu untuk mengembalikan apa yang sebenarnya," katanya kepada akhbar Sunday Territorian. - AFP
"Selepas melalui pendakian yang sukar dan sampai ke puncaknya, pemandangan dan keajaiban tempat itu memberikan satu perasaan yang mengagumkan. Anda mahu menyanyi, menari dan melakukan tarian bogel," katanya kepada akhbar Sunday Territorian.
Bagaimanapun komennya itu gagal menarik perhatian pengarah Majlis Tanah Pusat yang meliputi kawasan Uluru, David Ross, yang menganggap ia adalah satu perbuatan yang mengabaikan permintaan tradisi pemiliknya' supaya tidak memanjat batu bersejarah itu.
Ross berkata, batu setinggi 346 meter itu perlu ditutup kepada pendaki, lapor Australian Broadcasting Corporation.
Penjaga batu itu, Alison Hunt ketika memberitahu Australian Broadcating Corporation berkata, kelakuan Sery itu menunjukkan satu tanda kurang hormat.
"Kami cuba sebaik mungkin untuk berkongsi tanah kami dengan orang ramai yang datang ke sini, tetapi perbuatan itu merupakan satu tidakan yang tidak menghormati, ia sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali," katanya.
Pengunjung dinasihati supaya tidak memanjat batu berkenaan kerana ia dianggap simbol kebudayaan yang sangat penting kepada masyarakat pribumi, namun beribu-ribu orang telah memanjatnya setiap tahun. - AFP
Home »
» Wanita bogel di batu Uluru, kawasan suci oleh penduduk pribumi
Wanita bogel di batu Uluru, kawasan suci oleh penduduk pribumi
Written By canang on Selasa, 29 Jun 2010 | 6/29/2010 12:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan