Home » » 18sx Derita isteri pengantin baru,gagal walaupun 11 kali mancuba

18sx Derita isteri pengantin baru,gagal walaupun 11 kali mancuba

Written By canang on Rabu, 7 Julai 2010 | 7/07/2010 11:00:00 PTG

JOHOR BAHRU: Malam pertama pengantin baru sepatutnya dihiasi dengan terpenuhnya impian menikmati hubungan kelamin mengasyikkan, namun sepasang suami isteri diibaratkan ‘menunggu buah tidak gugur’ apabila si lelaki gagal mencapai ereksi walaupun 11 kali mencuba pada setiap minggu selama tiga bulan yang akhirnya membawa kepada keruntuhan rumah tangga mereka.
Si suami yang tertekan dengan kegagalan memenuhi tanggungjawab batin, akhirnya akur dan terpaksa melepaskan isteri manakala wanita dengan gelaran janda berhias itu pula kini sudah berkahwin dengan lelaki lain beberapa bulan selepas bercerai.

Senario didedahkan Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang itu mungkin kelihatan tidak masuk akal berikutan pasangan berkenaan baru beberapa bulan mendirikan rumah tangga.

Namun, ia memang berlaku di kalangan masyarakat walaupun tidak banyak pendedahan dibuat mereka yang terbabit dengannya.

Menurut Musa, kes perceraian itu diuruskan olehnya dan bukan mengaibkan mana-mana pihak sebaliknya bagi pedoman kepada pasangan berkahwin lain.

Katanya, kes itu berlaku tidak lama dulu dan membabitkan pasangan yang disatukan hasil perbincangan ibu bapa serta keluarga masing-masing.

“Pasangan ini tidak pernah bertemu tetapi setuju melangsungkan perkahwinan kerana sayang serta hormat orang tua.

“Mereka hanya bertemu beberapa kali sebelum bernikah dan kedua-duanya yang berusia 30-an tinggal berjauhan, suami di pantai timur manakala isteri di Lembah Klang.

“Pengantin baru itu bertemu sekali setiap hujung minggu akibat keterbatasan waktu kerana sibuk dengan karier masing-masing,” katanya.

Semuanya bermula pada malam pertama perkahwinan pasangan itu tetapi masing-masing memberi perangsang serta peluang kemungkinan kerana mereka tidak pernah mengenali diri pasangan lebih mendalam sebelum berkahwin.

Bagaimanapun, si isteri mula kecewa kerana suami gagal melaksanakan tanggungjawab batinnya setiap kali bertemu pada hujung minggu malah tidak mahu mencuba buat kali kedua jika gagal kali pertama.

“Setiap kali mencuba ia gagal dan pasangan berkenaan mula meluahkan rasa tidak puas hati masing-masing hingga akhirnya si isteri menuntut cerai ketika usia perkahwinan mereka mencecah enam bulan.

“Secara teorinya, memang pasangan itu bersama untuk enam bulan tetapi hanya tiga bulan awal saja mereka cuba melakukan hubungan suami isteri. Akhirnya si suami setuju dan mencapai kata sepakat berpisah sebagai penyelesaian terbaik,” katanya.

Menurut Musa, pasangan berkenaan bertemunya dan mendaftar di mahkamah untuk membubarkan perkahwinan sebelum berpisah secara baik tidak lama kemudian.

Kes kedua dikendalikannya beberapa bulan lalu juga hampir sama cuma pasangan terbabit sudah dikurniakan dua cahaya mata.

Musa berkata, si isteri minta dilepaskan selepas suami gagal memberi nafkah batin malah memberi pelbagai alasan ketika wanita itu mengajak untuk ‘bersama’.

“Bagaimanapun, keadaan pasangan ini agak ‘panas’ kerana masing-masing cuba menyalahkan satu sama lain atas kegagalan memenuhi tuntutan batin masing-masing.

“Si suami mengatakan isterinya enggan bersama tetapi wanita berkenaan mendakwa suaminya pula kerap ‘melarikan diri’ dengan tidur di bilik berasingan atau bersama anak, mengunci pintu bilik dan pelbagai lagi,” katanya.

Tiada pihak ketiga dalam hubungan pasangan berusia lingkungan 30-an terbabit tetapi berdasarkan maklumat terkumpul, memang si suami mengalami kegagalan untuk ereksi menyebabkan mereka kerap bertelingkah.

Bagaimanapun, kes terbabit akhirnya dibuang selepas lelaki terbabit gagal hadir dua kali ke mahkamah.

“Lelaki terbabit mungkin ada sebab tersendiri untuk tidak hadir dan terus senyap begitu saja. Mungkin ramai yang tidak tahu mahkamah tidak akan menjatuhkan hukuman dengan membubarkan perkahwinan semata-mata hanya berdasarkan keterangan pasangan.

“Ini kerana, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 53 Akta Undang-undang Keluarga Islam 1984, si isteri diminta memberi peluang kepada suami untuk mendapatkan rawatan selama tiga bulan terlebih dulu,” katanya.

Ketika itu, suami hendaklah mencari jalan merawat penyakit dihidapi dan dalam tempoh tiga bulan, apabila mahkamah mendapati ia gagal pulih maka barulah perkahwinan dibubarkan. Tujuan tempoh berkenaan diberikan bagi memberi keadilan kepada kedua-dua pihak
Share this article :

2 ulasan:

Bingai @ Bangang berkata...

Kisah seperti ini pernah dilalui oleh teman kepada isteri aku. Cuma aku mendapat tahu setelah mereka bercerai. Mungkin kalau dapat tahu lebih awal ada cara yang boleh diusahakan tetapi biasanya sikap lelaki yang malu untuk menceritakan masaalah sebenar.

Sepanjang pengetahuan aku ialah apabila alat sulit lelaki itu masih mampu mengangguk di waktu pagi bermakna ianya masih lagi boleh digunakan. Mungkin terdapat beberapa sebab yang perlu diambil perhatian menyebabkan alat sulit tersebut tidak dapat berfungsi seperti sepatutnya.

1. Sering memakai seluar ketat boleh menyebabkan urat lemah atau tersimpul.
2. Penat dengan tugas.
3. Fikiran tidak tenteram
4. Rasa takut ketidakmampuan
5. Masalah kesihatan
6. Sering mengeluarkan mani dengan tangan sendiri sambil menggunakan imaginasi.
7. Kurang rasa kasih sayang semasa memulakan cumbuan.

Cuba-cubalah selesaikan masaalah-masaalah yang disebut diatas sebelum menggunakan sebarang perubatan yang mungkin mendatangkan kemudaratan kemudian hari.

Pepatah orangtua pernah berkata: "Petua lebih baik dari ubat."

p/s: hanya berkongsi ilmu dari orangtua.

aku yang bingai

Bingai @ Bangang berkata...

Kisah seperti ini pernah dilalui oleh teman kepada isteri aku. Cuma aku mendapat tahu setelah mereka bercerai. Mungkin kalau dapat tahu lebih awal ada cara yang boleh diusahakan tetapi biasanya sikap lelaki yang malu untuk menceritakan masaalah sebenar.

Sepanjang pengetahuan aku ialah apabila alat sulit lelaki itu masih mampu mengangguk di waktu pagi bermakna ianya masih lagi boleh digunakan. Mungkin terdapat beberapa sebab yang perlu diambil perhatian menyebabkan alat sulit tersebut tidak dapat berfungsi seperti sepatutnya.

1. Sering memakai seluar ketat boleh menyebabkan urat lemah atau tersimpul.
2. Penat dengan tugas.
3. Fikiran tidak tenteram
4. Rasa takut ketidakmampuan
5. Masalah kesihatan
6. Sering mengeluarkan mani dengan tangan sendiri sambil menggunakan imaginasi.
7. Kurang rasa kasih sayang semasa memulakan cumbuan.

Cuba-cubalah selesaikan masaalah-masaalah yang disebut diatas sebelum menggunakan sebarang perubatan yang mungkin mendatangkan kemudaratan kemudian hari.

Pepatah orangtua pernah berkata: "Petua lebih baik dari ubat."

p/s: hanya berkongsi ilmu dari orangtua.

aku yang bingai

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger