Home »
» 3,000 Berhimpun Di Masjid Negara, Rai Kejayaan Tundukkan Judi Sukan 1Malaysia
3,000 Berhimpun Di Masjid Negara, Rai Kejayaan Tundukkan Judi Sukan 1Malaysia
Written By canang on Ahad, 4 Julai 2010 | 7/04/2010 12:00:00 PTG
Lebih 3000 rakyat pelbagai warna kulit berhimpun di Masjid Negara petang tadi sebagai tanda sokongan padu kepada Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ).
GMJ berhimpun di ibu negara hari ini bagi meraikan kejayaan suara rakyat menundukkan Kerajaan 1Malaysia yang mahu meluluskan lesen konsesi judi sukan kepada syarikat Ascot Sports Sdn Bhd, milik hartawan Vincent Tan.
Di perhimpunan sebentar tadi, Pengerusi GMJ Azmi Hamid melancarkan 'Kempen Tak Nak Judi' peringkat kebangsaan bertujuan mendidik masyarakat tentang bahaya judi.
"Kita ambil keputusan secara serius untuk didik masyarakat tentang bahaya judi dari segi sosial dan kekeluargaan sehingga masyarakat bersih dari judi," tegas Azmi.
Perhimpunan ini turut disertai badan-badan bukan kerajaan seperti Angkatan Belia Islam Malaysia, Teras Keupayaan Melayu, Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia.
Pakatan Rakyat turut turun hari ini melahirkan sokongan kepada GMJ.
Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin berkata perhimpunan hari ini meraikan kekuatan kesatuan rakyat yang enggan merestui kegelinciran moral Kerajaan 1Malaysia.
Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat Nasruddin Hassan berkata Umno-BN masih belum mengambil iktibar dari kesilapan mengenepikan nadi rakyat Malaysia.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan