GEORGETOWN: Sebanyak 400 kes membabitkan individu dan syarikat yang menjalankan perniagaan secara online secara haram didakwa di mahkamah sepanjang dua tahun lalu.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Rohani Abdul Karim, berkata semua kes berkenaan membabitkan kesalahan tidak mendaftar perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Beliau berkata, mereka didakwa mengikut Seksyen 12 (1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang boleh didenda RM50,000 atau penjara dua tahun, jika sabit kesalahan.
Click Here
"Kebanyakan yang didakwa menjalankan perniagaan membabitkan alat elektronik dan komputer," katanya selepas Majlis Dialog Amalan Perniagaan Beretika Zon Utara, di sini, hari ini.
Rohani berkata, setiap perniagaan sama secara online atau konvesional perlu mendaftar perniagaan masing-masing dengan SSM bagi menjamin hak pengguna
Home »
» 400 perniagaan online diheret ke mahkamah
400 perniagaan online diheret ke mahkamah
Written By canang on Rabu, 21 Julai 2010 | 7/21/2010 10:30:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan