Home » » 775 mayat pembunuhan kejam dikebumikan semula

775 mayat pembunuhan kejam dikebumikan semula

Written By canang on Selasa, 13 Julai 2010 | 7/13/2010 09:30:00 PG

Bosnia-Herzegovina - Puluhan ribu penduduk di sini semalam menghadiri pengebumian ratusan mangsa pembunuhan beramai-ramai pada ulang tahun ke-15 jenayah paling kejam di Eropah sejak era tentera Nazi.

Satu kawasan tepi bukit digali bagi menempatkan 775 mayat yang merupakan pengebumian paling besar di bandar Srebrenica setakat ini.

Mayat itu ditemui dalam satu kawasan perkuburan besar dan dikebumikan semula semalam.

Namun jumlah itu merupakan satu persepuluh daripada lelaki termasuk budak yang dibunuh apabila anggota-anggota penentang Serbia menawan bandar ini pada Julai 1995.

Dalam Perang Bosnia itu yang berlaku di sini, kira-kira 30,000 penduduk bergegas ke sebuah pangkalan tentera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Potocari untuk mendapatkan perlindungan. - AP
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger