Home » » Agnes Monica, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan gambar bogelnya yang tersebar

Agnes Monica, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan gambar bogelnya yang tersebar

Written By canang on Khamis, 22 Julai 2010 | 7/22/2010 05:00:00 PTG

JAKARTA: Penyanyi lagu Matahariku, Agnes Monica, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan gambar bogel yang beredar di Internet baru-baru ini adalah dirinya.
Kata pengurus selebriti berdarah campuran Indonesia - Cina itu, Chrish, gambar berkenaan dipalsukan kerana tidak menampakkan diri sebenarnya.

“Gambar itu tidak mempunyai tanda lahir seperti yang ada pada tubuh Agnes,” katanya, semalam.

Minggu lalu, gambar seorang wanita menyerupai Agnes, 24, dalam tab mandi beredar di Internet dan menimbulkan tanda tanya orang ramai, terutama pengguna laman sembang.

Kata Chrish, kesahihan gambar itu juga tidak boleh diterima akal kerana memaparkan wajah Agnes yang lengkap bersolek walaupun ketika mandi.

“Saya yakin Agnes akan membasuh dulu mukanya sebelum mandi,” katanya.

Seorang pengkaji, Abimanyu Wachjoewidajat, turut meragui kesahihan gambar berkenaan.

“Foto itu dibuat dengan penyuntingan kurang teliti kerana ada dua corak warna kulit berbeza di antara wajah dan tubuh.

“Belahan rambut Agnes juga biasanya dari kiri ke kanan tetapi gambar itu menunjukkan sebaliknya,” katanya.

Sementara itu, Agnes berkata, orang ramai sentiasa menganggap personaliti terkenal sentiasa bersifat ‘suci’.

“Pantang-larang masih kuat dan orang ramai menganggap personaliti terkenal mesti bebas daripada kesalahan walaupun semua kita adalah manusia,” katanya.
- Agensi
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger