Home » » Ahli Parlimen bergambar seksi

Ahli Parlimen bergambar seksi

Written By canang on Selasa, 27 Julai 2010 | 7/27/2010 08:00:00 PG

Seramai empat Ahli Parlimen wanita Republik Czech sanggup bergambar seksi untuk kalendar 2011, lapor sebuah akhbar semalam.

Antara aksi yang dipamerkan oleh mereka itu ialah dengan memakai skirt pendek, berendam dalam tab mandi dan bergambar seksi dengan gaya menghairahkan di atas katil.

"Kami ingin menekankan bahawa terdapat wanita di dalam dunia politik," kata seorang Ahli Parlimen yang bergambar seksi itu, Lenka Adrysova.

Dia yang merupakan anggota parti Hal Ehwal Awam berkata: "Kami merupakan wanita yang tidak takut untuk menjadi seksi."

Semasa pilihan raya pada Mei lalu, seramai 44 wanita daripada 200 anggota dipilih menjadi Ahli Parlimen. - Agensi
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger