JITRA: Seorang anggota polis patah kaki dan cedera di kepala dilanggar Mat Rempit dalam operasi mencegah perlumbaan motosikal haram di Taman Nilam di Sungai Petani kira-kira 2 pagi tadi.
Anggota polis berkenaan Lans Koperal Shahril Yusuf, 32, kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani dan keadaannya dilaporkan stabil.
"Polis mengenal pasti suspek dan masih memburunya kerana suspek menghilangkan diri dan tidak pulang ke rumah selepas kejadian itu," kata Ketua Polis Kedah, Datuk Syed Ismail Syed Azizan kepada pemberita di sini.
Beliau berkata, polis segera mengadakan operasi dengan menghantar seorang pegawai dan empat anggota selepas mendapat maklumat daripada orang ramai tentang kegiatan merempit yang sering diadakan di kawasan perumahan itu.-Bernama
Home »
» Anggota polis patah kaki dilanggar Mat Rempit di Sungai Petani
Anggota polis patah kaki dilanggar Mat Rempit di Sungai Petani
Written By canang on Sabtu, 24 Julai 2010 | 7/24/2010 10:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan