Home » » 'Bantah Pembaziran, Selamatkan Rakyat' Dilancar 9 Ogos

'Bantah Pembaziran, Selamatkan Rakyat' Dilancar 9 Ogos

Written By canang on Khamis, 29 Julai 2010 | 7/29/2010 01:00:00 PTG

Gabungan parti-parti politik dan NGO Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) hari ini mengumumkan enam langkah yang akan diambil bagi membantah kenaikan harga barangan keperluan asas yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Dengan slogan 'Bantah Pembaziran, Selamatkan Rakyat', pelancarannya akan diadakan pada 9 Ogos ini di Kampung Kerinchi jam 6 petang.

Bantahan tersebut dibuat ekoran tindakan kerajaan menaikkan beberapa barangan keperluan asas yang didakwa boleh dielakkan jika kerajaan tidak membazir dan mengelak ketirisan dalam penggunaan wang negara.

Demikian diumumkan Koordinator Protes, Dr. Hatta Ramli selepas mempengerusikan mesyuarat gabungan itu di Dewan Perhimpunan Cina,dekat sini hari ini.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger