Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di Indonesia, Jodi Sabrina meninggal dunia dipercayai akibat didera dengan kejam, lapor sebuah akhbar semalam.
Bayi berkenaan, Jodi Sabrina, yang merupakan anak luar nikah, mati selepas diikat dengan menggunakan tali rafia oleh ibu saudaranya, Vony Maryana Pengadi yang berumur 38 tahun.
Mangsa diikat mulai dari hujung kaki dan tali itu dililit sampai ke tangannya.
Wanita tersebut memberi alasan bahawa jika dia tidak diikat, bayi itu tersebut akan menjadi nakal.
Dalam keterangannya kepada polis Vony mengaku perbuatan tersebut dilakukan sejak bayi berkenaan berusia enam bulan.
Wanita itu yang menjaga bayi berkenaan setiap hari merupakan suspek kes tersebut.
"Ya, saya ikat (mangsa) kalau saya keluar membeli barang atau memasak. Saya takut kalau dia jatuh dari kerusi atau dihempap televisyen," ujar Vony semasa disoal siasat di sebuah balai polis di bandar ini semalam.
Menurutnya, dia berhenti mengikat Jodi sejak beberapa bulan lalu.
Namun, Vony kembali mengikat bayi tersebut setelah anak kandungnya bersekolah tadika di sini sejak Isnin lalu.
Kelmarin, sebelum menghantar anaknya ke sebuah sekolah, wanita itu mengikat tubuh Jodi dan meletakkan bayi itu ke dalam bilik di rumahnya.
Kemudian, sekitar pukul 2 petang waktu tempatan, Vony bersama anaknya pulang ke rumah dan melihat Jodi menangis.
Sebagai usaha untuk memujuk bayi itu supaya diam, dia memberikannya susu tetapi Jodi masih menangis.
Tidak tahan mendengar tangisan budak itu, Vony memukul kepala dan pinggang mangsa untuk mendiamkannya.
Mangsa tetap menangis dan tangisannya berlarutan hingga waktu malam.
Wanita itu pula berulang kali memukul mangsa agar bayi berkenaan berhenti menangis.
Tangisan Jodi itu didengari Yudi Susanto iaitu suami Vony yang berada di kamar bersama anak kandungnya, Selbi.
Yudi seterusnya membawa mangsa ke sebuah hospital berdekatan dengan menaiki sebuah motosikal.
Namun, setibanya di hospital, bayi itu sudah tak bernyawa lagi dan jenazahnya dihantar polis untuk dibedah siasat.
"Saya tidak ingat berapa kali saya pukul (mangsa). Wajahnya yang lebam itu kerana terjatuh di bilik mandi. Mungkin juga dia terjatuh ketika diikat," kata Vony.
Tubuh bayi tersebut terdapat luka, lebam kepala kanan dan kiri, terdapat bekas ikatan tali di kepala, lebam di paha kanan, cedera di tulang rusuk kiri dan melecet di bawah kemaluan.
Sementara itu, bayi tersebut bukan anak kandung pasangan Vony dan Yudi Susanto.
Sebaliknya Jodi dilahirkan oleh anak saudara Yudi, Sabrina, 17, setelah dia hamil tanpa dapat dipastikan identiti bapa bayi tersebut.
Sabrina melahirkan Jodi semasa dia masih seorang pelajar sekolah menengah.
Setelah dua hari dilahirkan, bayi itu diserahkan kepada bapa saudaranya.
Isterinya, Vony menjaga bayi itu sehingga usianya mencecah sembilan bulan.
Vony mengaku dia tidak berniat membunuh atau menganiaya Jodi.
Alasannya, Vony mengaku bahawa dia sayangkan bayi tersebut.
"Saya menyesal dan tidak ada niat untuk menganiayanya. Saya mengasuhnya dan anak saya bermain dengannya. Dia luka-luka kerana terjatuh dari kamar mandi,"
ujar Vony.
Di sebalik pengakuannya itu, polis menahan Vony sebagai suspek kes itu dan dia akan didakwa melakukan penderaan.
Suspek juga akan didakwa kerana lalai menjaga kanak-kanak sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia. - Agensi
Home »
» Bayi 9 bulan diikat hingga mati
Bayi 9 bulan diikat hingga mati
Written By canang on Jumaat, 16 Julai 2010 | 7/16/2010 05:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan