JOHOR BARU: Seorang bayi perempuan ditemui di dalam sebuah beg di perhentian bas di Jalan Persiaran Mutiara Emas berhampiran Hospital Sultan Ismail di sini hari ini.
Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui oleh seorang pekerja kilang wanita yang sedang menunggu bas di situ kira-kira 6.40 pagi.
"Wanita itu menghampiri beg berkenaan apabila melihat ada pergerakan di dalam beg tersebut. Selepas beg itu dibuka, didapati seorang bayi perempuan berkulit cerah yang masih hidup dan bertali pusat," kata Ketua Polis Daerah Johor Baru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob.
Wanita tersebut kemudiannya menghantar beg bersama bayi itu ke hospital berkenaan.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi polis. - BERNAMA
Home »
» Bayi Ditemui Dalam Beg Di Johor Baru
Bayi Ditemui Dalam Beg Di Johor Baru
Written By canang on Jumaat, 23 Julai 2010 | 7/23/2010 07:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan