SHAH ALAM 20 Julai - Bekas duta Amerika ke Malaysia, John R Malott membayangkan Ketua Pembangkang akan disumbat sekali lagi ke dalam penjara sekiranya beliau didapti bersalah dalam perbicaraan yang dilabelkan sebagai Fitnah II.
Malah Malott yang berupakan duta selama tiga tahun dari 1995 hinbgga 1998 menjangka Anwar mungkin dinafikan pelunag ikat jamin jika beliau didapati bersalah kelak.
Sejak perbicaraan bermula 2 Februari lalu setelah ditangguhkan pada Julai 2009, pihak pembelaan telah mempertikaikan percanggahan yang wujud dalam saksi utama pihak pendakwaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan juga usaha mahkamah menafikan Anwar untuk mendapatkan dokumen serta bukti berkaitan kes tersebut.
Kegagalan pihak pembelaan diberi dokumen dan senarai bukti memberi persepsi kepada rakyat bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu memastikan Anwar disabitkan kepada pertuduha liwat.
Dalam rencana beliau yang disiarkan oleh akhbar paling berpengaruh di Amerika, The Wall Street Journal, Malott berkata kemungkinan ini berlaku tidak boleh diketepikan.
"Ketika melawat Malaysia bulan lalu, adalah jelas bukan sahaja kepada Anwar tetapi juga pemerhati lain bahawa mereka menjangkakan keputusan bersalah pada Ogos nanti.
"Persoalannya sama ada dia akan bebas dengan ikat jamin semasa rayuannya atau terus dihumban ke penjara,” kata Malott dalam rencana tersebut.
Malott yang berkhidmat di Malaysia ketika negara dilanda krisis kewangan terburuk yang mebawa kepada pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yakin perbicaraan kali kedia terhadap Ketua Umum KEADILAN itu sememangnya bermotifkan politik.
"Segala yang saya ketahui ketika itu dan sekarang ini, membawa kepada rumusan bahawa perbicaraan ini adalah untuk mengketepikan beliau dari politik,” katanya sambil berkata kejayaan besar Anwar pada pilihan raya umum 2008 telah mengugat tampuk kuasa Umno-Barisan Nasional.
"Rancangan politik kerajaan adalah untuk menghumban Anwar ke penjara supaya pembangkang menjadi kucar-kacir dan tidak bersedia. Kemudiannya, pilihan raya mengejut diumumkan dan mereka akan menang dengan mudah,” katanya lagi.
Tambah Malott peluang untuk Anwar menang pada perbicaraan ini adalah amat tipis memandangkan tindakan mahkamah yang menafikan bukti penting kepada peguamnya serta peranan mdia arus perdana yang sudah menghukumnya dengan keputusan bersalah.
"Malaysia tidak mempunyai sistem juri. Keputusan ditentukan oleh seorang hakim yang dilantik oleh kerajaan yang sama yang mahu Anwar dikeluarkan dari politik.
"Kerajaan BN sekarang dibelenggu oleh pelbagai masalah dan mereka bertekad untuk mengurung Anwar agar segala kepincangan itu tidak dihebohkan.
"Ekonomi Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan terdapat kadar pertumbuhan, namun perangkaaan itu disokong oleh perbelanjaan kerajaan.Tindakan itu menyaksikan hutang negara semakin membesar manakala pelaburan terus asing (FDI) cukup kecil," jelas beliau.
Home »
» Bekas Duta Amerika Jangka Anwar Akan Dipenjarakan
Bekas Duta Amerika Jangka Anwar Akan Dipenjarakan
Written By canang on Rabu, 21 Julai 2010 | 7/21/2010 08:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan