Home » » Bekas Isteri AC Mizal Menangis Kenangkan Nasib Anak

Bekas Isteri AC Mizal Menangis Kenangkan Nasib Anak

Written By canang on Rabu, 7 Julai 2010 | 7/07/2010 01:00:00 PTG

KAJANG: Bekas isteri pelakon dan pengacara, AC Mizal, tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan nasib dua anaknya pada masa depan sekiranya sesuatu berlaku kepadanya semasa mereka masih kecil.

Esakan Shafnie Zainudin yang semakin kuat semasa memberi keterangan pada perbicaraan kes ubah tuntutan nafkah anak di Mahkamah Syariah Rendah di sini Selasa, menyebabkan dia terpaksa ditenangkan oleh peguam syarienya, Azmi Tan Sri Rais.

Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah kemudiannya menangguhkan prosiding selama 10 minit untuk Shafnie selaku plaintif menenangkan diri.

Tangisan Shafnie, 35, bermula selepas dia disoal berhubung bayaran insurans sebanyak RM1,000 dan dana amanah pendidikan yang dituntutnya daripada defenfan, AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini.

“Itu adalah tuntutan yang saya mahu untuk anak-anak. Saya tidak mampu, jadi saya dapatkan sebut harga.

“Insurans pendidikan adalah jika anak-anak ingin lanjutkan pelajaran ke kolej atau universiti. Jika apa-apa berlaku pada saya, kos pendidikan anak akan ditanggung insurans,” katanya.

Selain itu, bekas model itu menjelaskan bahawa jumlah perbelanjaan persekolahan yang dituntutnya sebanyak RM300 untuk dua orang anak setahun sememangnya tidak mencukupi.

“AC Mizal pernah beritahu kepada saya bahawa dia tidak akan menanggung sekiranya anak dihantar ke sekolah swasta. Anak sulung bersekolah swasta,” katanya sambil menambah anak bongsu pula bersekolah kerajaan.

Selain itu, Shafnie juga menuntut bayaran bulanan yang terdiri daripada makanan (RM400), pengangkutan (RM240), pengajian Al-Quran (RM280), sewa rumah (RM650) dan pembantu rumah sebanyak RM200.

Dia juga menuntut bayaran pakaian sebanyak RM3,000 setahun yang meliputi pakaian sekolah, aktiviti ko-kurikulum kerana anaknya aktif bersukan dan menganggotai pengakap serta untuk kegunaan hari raya.

Turut dituntut ialah perubatan RM1,500 dan RM3,000 sebagai hiburan dan pelancongan.

“Saya membawa anak-anak berjalan di dalam negara seperti di Pulau Redang. AC Mizal tidak pernah menawarkan atau membawa anak-anak ke luar negara,” ujarnya.

Perbicaraan berjalan tanpa kehadiran AC Mizal, 39, yang diwakili peguam syarie Siti Aishah Din kerana mempunyai urusan di saat akhir.

Abdul Halim menetapkan 13 Julai ini untuk sambung bicara.

AC Mizal dan Shafnie berkahwin pada 24 Jun 1995 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Shafiq Iman, 13, dan Muhammad Shabil Iman, 10, sebelum sah bercerai pada 17 Oktober 2001.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger