Home » » Burung nuri ramal Belanda, sotong pilih Sepanyol

Burung nuri ramal Belanda, sotong pilih Sepanyol

Written By canang on Ahad, 11 Julai 2010 | 7/11/2010 01:00:00 PTG

KUALA LUMPUR: Setelah seekor sotong kurita bernama Paul semakin popular kerana ramalan tepatnya mengenai keputusan kalah menang antara Jerman dan pasukan lawannya, kini muncul pula seekor burung yang membuat ramalan sama dan terbukti turut betul.

Namanya, ‘Mani Si Nuri’, seekor burung nuri yang menetas di Malaysia dan kini dipelihara di Singapura, mula menjadi sebutan apabila meneka tepat Belanda menewaskan Brazil pada perlawanan peringkat suku akhir.
Semalam Mani dikatakan meramalkan Belanda bakal menjadi juara dalam edisi Piala Dunia 2010 untuk menewaskan Sepanyol pada perlawanan akhir lusa, manakala Paul memilih Sepanyol.
Paul juga dilaporkan membuat ramalan bagi menentukan tempat ketiga Piala Dunia antara Jerman dan Uruguay awal pagi esok dan pilihannya ialah Jerman.

‘Mani Si Nuri’ adalah sebagai pembantu tukang tilik kepada seorang tukang tilik dikenali sebagai Muniyappan di Singapura.

Haiwan kecil ini bersama tuannya mencari rezeki di Jalan Serangoon, Little India di Singapura dan pada musim Piala Dunia, kedua-duanya ‘tumpang sekaki’ membuat ramalan keputusan perlawanan Piala Dunia dengan menggunakan daun pakau.

Apa yang pasti, perlawanan akhir Piala Dunia 2010 kali ini bukan saja bakal menyaksikan pertembungan antara Belanda dan Sepanyol, malah medan menguji keupayaan haiwan di darat dan di air meramal dengan tepat keputusan perlawanan akhir itu.
Edisi Ke-19 Piala Dunia FIFA di Afrika Selatan ibarat ‘cerita 1,001 malam’ turut diserikan dengan kisah ramalan oleh sotong dan burung.

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger