KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan belum menerima sebarang penjelasan dari pengurusan pasar raya Carrefour ekoran laporan media mengenai rangkaian pasar raya Perancis itu akan menutup operasi di Malaysia, Thailand dan Singapura.
"Saya pun dengar khabar angin juga. Jadi, sebelum dapat perkembangan, saya anggap khabar angin. Tetapi, adalah tidak betul kalau kita kata pelaburan-pelaburan di Malaysia ini tidak tarik minat para pengusaha antarabangsa," kata Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada pemberita di lobi Parlimen pada Selasa.
Beliau mengulas laporan agensi berita Reuters semalam bahawa Carrefour telah memulakan penjualan unit-unitnya di Malaysia, Thailand dan Singapura serta merancang untuk menghentikan operasinya di ketiga-tiga negara itu.
Laporan yang hanya memetik sumber itu memaklumkan penjualan itu dilakukan dengan bank-bank pelaburan Goldman Sachs dan UBS.
Ismail Sabri berkata sekiranya dakwaan itu benar, beliau tidak menganggap tindakan Carrefour itu mempunyai kaitan dengan keadaan pasaran di Malaysia.
"Ia tiada kena mengena dengan pasaran kita. Kalau kita lihat, permohonan syarikat-syarikat pasar raya besar hendak buka cawangan di Malaysia kita terima setiap hari dan banyak yang kita tidak luluskan sebab berdasarkan prosedur yang kita tetapkan," katanya. - BERNAMA
Home »
» Carrefour Tutup: Kementerian Belum Terima Penjelasan
Carrefour Tutup: Kementerian Belum Terima Penjelasan
Written By canang on Rabu, 7 Julai 2010 | 7/07/2010 09:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan