Home » » Cut Tari Lantik Peguam Untuk Bercerai?

Cut Tari Lantik Peguam Untuk Bercerai?

Written By canang on Khamis, 8 Julai 2010 | 7/08/2010 12:00:00 PTG

JAKARTA: Artis, Cut Tari dikhabarkan melantik Hotman Paris bukan hanya sebagai peguam kes video lucahnya dengan Ariel tetapi menguruskan perceraiannya dengan suaminya, Yusuf.

Hotman ketika ditanya mengenai kesahihan desas-desus itu mengaku belum mengetahui perkara itu.

Setakat ini, katanya, dia melihat rumah tangga Tari dan Yusuf berada dalam keadaan harmoni.

"Saya belum dengar tentang berita itu. Tapi yang jelas bagi saya, suaminya sangat ingin menyelamatkan Cut Tari," jelas Hotman semasa ditemui di MNC Tower, Kebon Sirih, Jakarta Pusat, Isnin lalu.

Tambah Hotman, selama ini, Yusuf sangat aktif menguruskan hal perundangan mengenai isterinya.

Katanya, Yusuf hanya ingin menyelamatkan Tari daripada hukuman undang-undang.

"Dia mahu menyelamatkan isterinya. Melihat perkembangannya, yang pasti suami sangat aktif sekali ingin menyelamatkan isterinya," jelas Hotman. - detikhot

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger