KUALA LUMPUR – Kerana menegur jiran yang men:yidai seluar dalam pada pagar rumahnya, seorang lelaki dibelasah teruk sehingga mengakibatkan bibirnya bengkak dan diugut bunuh.
Dalam kejadian jam 3.50 petang Ahad lalu, mangsa dikenali sebagai Teh, 30, dibelasah tiga lelaki, dua daripada mereka jiran yang tinggal di hadapan rumahnya.
Teh berkata, kejadian berlaku ketika dia memasuki kereta selepas pulang untuk makan tengah hari.
Menurutnya, ketiga-tiga lelaki itu menghampiri keretanya, terus membuka pintu kereta dan merampas kunci.
“Mereka terus membelasah saya bertubi-tubi dan ketika saya cuba menyelamatkan diri dengan menutup pintu kereta, mereka pecahkan pula cermin hadapan kereta.
“Saya ditarik keluar dan ugut hendak bunuh saya jika saya enggan ikut kehendak mereka,” katanya pada sidang media di Wisma MCA semalam.
Teh berkata, beliau pernah menegur perbuatan jirannya yang meletakkan seluar dalam di pagar rumahnya dan percaya dia dipukul ekoran teguran itu.
“Saya menegurnya kerana mengikut kepercayaan ‘Feng Shui’ adalah tidak elok meletakkan seluar dalam di hadapan rumah kerana ia boleh mengakibatkan nasib malang,” katanya.
Selain itu, mereka turut memecahkan tingkap rumahnya selepas dia masuk ke dalam rumah dan kereta keduanya turut dicalarkan.
Menurutnya, gara-gara kejadian itu, dia mengalami kerugian kira-kira RM5,000. Dia melaporkan kepada polis di Seri Kembangan pada hari kejadian.
Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, kejadian seumpama ini tidak seharusnya berlaku.
“Tindakan ketiga-tiga lelaki itu membelasah mangsa sehingga cedera adalah keterlaluan,” katanya.
Menurutnya, perkara seperti ini sepatutnya boleh diselesaikan dengan cara baik dan bukannya mencederakan serta merosakkan hak milik orang.
Home »
» Dibelasah kerana tegur jemur seluar dalam
Dibelasah kerana tegur jemur seluar dalam
Written By canang on Khamis, 15 Julai 2010 | 7/15/2010 08:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan