Dua anggota Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Gombak didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang semalam atas tuduhan mengedar risalah laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur dan Pusrawi bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak diliwat.
Kedua-dua mereka yang berusia 21 tahun itu,Muhammad Hafiz Bidin dan Arie Yudistira Ishaq Arifin Fadli diwakili peguam, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Mereka ditahan di Masjid Al-Ridwan Ulu Klang sebelum solat Jumaat oleh dua anggota polis pada 12 Mac lalu.
Sebelum itu, dua anggota AMK Gombak itu ditahan polis kerana mengedarkan risalah yang mendakwa laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur dan Pusrawi bahawa Mohd
Saiful Bukhari Azlan tidak diliwat.
Mereka dikehendaki hadir ke mahkamah selepas dimaklum oleh pihak polis, Selasa lepas.
Mereka ditemani rakan yang juga penasihat Hulu Klang Youth Club, Yazid Alias.
Turut hadir dalam perbicaraan pagi tadi, anak Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Urwah Saari, merupakan Setiausaha kelab yang sama, tidak ketinggalan Timbalan Ketua AMK Gombak, Zainol Abidin Mohamed.
Dalam laporan beliau, Dr Mohd Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan, mempertahankan hasil pemeriksaannya yang tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan Mohd Saiful telah diliwat.
Home »
» Dua Anggota AMK Didakwa Edar Laporan Perubatan Saiful
Dua Anggota AMK Didakwa Edar Laporan Perubatan Saiful
Written By canang on Sabtu, 31 Julai 2010 | 7/31/2010 11:30:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan