Jamal Abdillah, satu nama besar dalam industri hiburan tanah air. Penyanyi yang mendapat gelaran ‘Raja Pop’ ini tidak pernah dilupakan peminat walaupun dirinya pernah dilanda beberapa episod hitam. Kelunakkan suaranya adalah ‘senjata’ utama dia terus kekal dalam industri.
Jadi, tidak hairanlah mengapa penyanyi berusia 51 tahun ini menjadikan bidang nyanyian sebagai nadi hidupnya. Jamal tidak pernah jemu mengorak langkah dalam memajukan karier nyanyiannya. Salah satu kejayaan terbesar Jamal ialah dia merupakan artis solo pertama mengadakan persembahan lima malam berturut-turut di Istana Budaya melalui konsert ‘Kembara Seni Jamal Abdillah’.
Konsert yang diadakan pada 5 – 9 Ogos 2009 itu mendapat sambutan cukup memberangsangkan. Malah turut dihadiri tetamu-tetamu kehormat seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali serta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.
Bertitik-tolak atas kejayaan itulah, Jamal kini sedang merancang untuk mengadakan satu lagi konsert solo di pentas bertaraf antarabangsa itu. Mengikut perancangan, dia mahu ke Istana Budaya pada Januari 2011.
Namun, persiapan untuk konsert ini sedikit tercemar apabila ada pihak yang mendakwa Jamal enggan membayar khidmat sebuah agensi perhubungan awam dengan kadar yang dipersetujui.
Mengulas tentang perkara itu, Jamal memberitahu dia pun tidak sangka perkara itu akan digembar-gemburkan oleh pihak terbabit. Katanya, masalah itu timbul apabila dia menggunakan khidmat agensi terbabit untuk menghasilkan kertas cadangan untuk konsertnya pada Januari nanti.
“Saya sebenarnya terkilan dengan apa yang berlaku. Saya rasa seperti dimalukan! Ini semua adalah salah faham. Tidak perlukan diceritakan kepada pihak media. Segalanya boleh diperbetulkan dengan mengadakan perbincangan dengan saya. Memang pada mula saya setuju dengan harga yang dikenakan, tetapi saya jadi tidak puas hati apabila melihat hasil kerjanya.
“Semua maklumat yang diberikan oleh agensi itu boleh didapati secara terus dari Istana Budaya. Kalau begitu caranya, saya juga mampu buat kertas kerja itu,” jelas Jamal yang menggangap pihak itu menggunakan maklumat dari Istana Budaya untuk kepentingan peribadi.
Ditanya apakah tindakan awalnya untuk menyelesaikan masalah itu, Jamal menjelaskan dia sudah pun melunaskan 30 peratus daripada pembayaran sepenuhnya kepada agensi itu.
“Saya kecewa dengan insiden ini. Tetapi saya tidak mahu memanjang-manjangkan perkara ini. Saya sudah pun bayar RM500 kepada agensi itu. Pembayaran itu 30 peratus daripada bayaran sepenuhnya,” ujar Jamal.
Dalam pada itu, Jamal juga mengakui yang dia berkecil hati dengan tindakan agensi terbabit. Baginya, perbuatan agensi itu mampu mencalar imejnya. Atas sebab itu, dia menuntut supaya pihak terbabit tampil membuat permohonan maaf secara terbuka bagi membersihkan namanya
Home »
» Dunia Artis:Jamal Abdillah Dimalukan?
Dunia Artis:Jamal Abdillah Dimalukan?
Written By canang on Sabtu, 31 Julai 2010 | 7/31/2010 03:00:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan