PENYANYI terkenal Ziana Zain,42, terpaksa mengambil masa sebulan untuk memujuk suaminya, Armin Zaharin berlakon dalam iklan Antabax.
Antabax adalah produk penjagaan diri anti bakteria.
Selama ini kata Ziana, Armin enggan muncul di mana-mana rancangan televisyen ataupun media lain selepas mereka berumah tangga.
Bagaimanapun selepas sebulan memujuk, akhirnya Armin bersetuju untuk bersama-sama Ziana memenuhi permintaan tersebut.
“Saya rasa mesti orang terperanjat sebab agak susah juga untuk ajak dia sama-sama menjadi duta Antabax. Tetapi dia bersetuju selepas fikirkan tentang pentingnya kebersihan.
“Alhamdulillah, saya juga selesa dengan produk ini kerana halal dan baunya menyegarkan,” katanya ketika majlis memperkenalkan Ziana sebagai duta Antabax di One Utama, Rabu.
Antabax merupakan jenama produk kelapan yang menjadi pilihan Ziana sebagai duta selepas Slim World, Vono, Loreal dan Omega.
Memandangkan usianya semakin meningkat, Ziana dia tidak putus-putus bersyukur kerana popularitinya masih bertahan dan menganggap semuanya berkat rezeki anak kembarnya iaitu Muhammad Arrel dan Siti Noor Kaseh.
“Saya tak sangka lepas melahirkan anak kembar, saya masih mendapat peluang untuk menjadi cover dan duta produk. Saya rasa masa bujang pun tak pernah dapat peluang seperti sekarang ini.
“Bagaimanapun, saya rasa sudah selesa dan bersyukur dengan kehidupan sekarang ini. Saya juga rasa sangat seronok apabila mendapat anak perempuan.
Ziana hadir bersama-sama suaminya, Armin Zaharin ketika majlis memperkenalkan duta Antabax di One Utama, Rabu.
“Walaupun sibuk dan tak menang tangan dengan hendak menguruskan anak-anak, saya rasa belum masanya untuk bersara sebagai penyanyi setakat ini,” ceritanya lagi.
Selain kembar tersebut, Ziana turut mempunyai dua lagi anak iaitu Muhammad Ammar Amin,7, dan Muhammad Aiman,10.
Bercerita mengenai salah satu produk kesihatan penyembur itu Ziana berkata dia dan keluarga sentiasa membawanya ke mana-mana bagi kerana ia merupakan pembasmi kuman selain dapat mengelakkan penyakit.
“Penyembur sanitasi itu amat mudah dan senang di bawa dalam beg tangan. Saya rasa ia sangat bagus kerana saya selalu gunakan di rumah, tandas awam dan bilik hotel. Saya juga menggunakan produk itu di mana-mana termasuk menyemburnya di bantal, tombol pintu dan di beberapa tempat lain," katanya.
Mengenai aktiviti seninya pula, Ziana ketika ditanya sama ada masih teringin untuk bergelar Mentor jika ditawarkan sekali lagi akan pertimbangkan dahulu.
Alasannnya, dia tak menang tangan ketika terlibat dalam musim keempat lalu.
Penyanyi lagu Dingin itu juga sedang menunggu kemunculan single terbarunya yang masih terperap.
Home »
» DUNIA ARTIS:ZIANA ZAIN PUJUK SUAMI UNTUK BERLAKON SEMULA
DUNIA ARTIS:ZIANA ZAIN PUJUK SUAMI UNTUK BERLAKON SEMULA
Written By canang on Khamis, 29 Julai 2010 | 7/29/2010 10:30:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan